Solskjaer: Messi Hebat, Manchester United Harus Berusaha Untuk Setaraf Barcelona

Ole Gunnar Solskjaer menyatakan: Manchester United perlu berimpian untuk berada sama kedudukan dengan Barcelona di persada bola sepak Eropah.

Ini selepas pasukan beliau disingkirkan Barcelona di Nou Camp pada aksi UCL.

Soksjaer berkata: “Jika kita mahu kembalikan kedudukan sebenar Manchester United, tradisi sebenar kelab ini, kita harus menyaingi Barcelona.”

“Ada beberapa aspek mereka berada di tahap lebih tinggi daripada kami dalam 2 perlawanan ini.”

Manchester United bergelut untuk menahan asakan daripada Barcelona dalam 2 aksi timbal balik mereka.

Solskjaer kemudian menghamburkan pujian beliau kepada Lionel Messi. Selepas tamat perlawanan, twitter Barcelona menggunakan kapsten Messi At The Wheel. Satu rujukan kepada lagu Ole At The Wheel yang seringkali dinyanyikan penyokong Man. United.

Solskjaer berkata: “Saya harus akui Messi adalah pemain berkualiti tinggi dan sudah pastinya beliau adalah perbezaan.”

“Pada kedudukan 2-0, bagi saya perlawanan sudah berakhir.”

“Messi berada di kelas tersendiri. Beliau dan Cristiano Ronaldo 2 pemain terbaik dalam dekan terakhir ini. Rasanya semua orang setuju akan kenyataan itu.”

“Messi menunjukkan kualiti beliau pada perlawanan ini.”

Solskjaer mahu anak-anak buahnya bangkit dan mengejar 4 teratas untuk kembali beraksi semula di UCL pada musim hadapan.

“Kami mahu bermain perlawanan UCL seperti ini pada musim hadapan. Jadi beberapa minggu mendatang adalah sangat penting.”

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama Barcelona mara ke separuh akhir selepas 3 kali tersingkir di suku akhir sebelum ini. Paling dramatik adalah disingkirkan AS Roma musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN