Jurulatih Chile Akui VAR Memberikan Impak Kepada Mental Pemain Di Dalam Padang

Dalam sidang media selepas perlawanan, jurulatih Chile, Juan Antonio Pizzi mengakui mental para pemain beliau agak terkesan dengan keputusan VAR.

Chile berhadapan dengan 2 pengadilan VAR. Kedua-duanya melibatkan gol Vargas. Salah satu daripadanya ditarik balik.

Pada minit akhir separuh masa pertama, jaringan Vargas telah diraikan oleh kem Chile. Namun, tidak lama selepas itu pengadil menunjukkan isyarat mahu merujuk pengadilan VAR terlebih dahulu.

Gol tersebut dibatalkan dan pemain-pemain Chile sangat kecewa. Paling ketara adalah Arturo Vidal yang nampak agak ‘panas’. Mereka menunggu hampir seminit dan gol tersebut dibatalkan.

Sebelum itu, jaringan Pepe telah dibatalkan oleh VAR dalam perlawanan di antara Portugal dan Mexico. Bercakap kepada sidang media, Juan Antonio Pizzi berkata:

“Sistem ini memerlukan sedikit masa lagi. Kalau tidak silap, kita sekarang dalam fasa ujian (trial). Ia agak sukar menggunakan sistem yang berbeza dalam bola sepak.”

“Pada akhir separuh masa pertama, kami sudah mendahului 1-0. Namun dibatalkan. Kami gagal mencari gol untuk 20 minit selepas itu. Saya percaya, keputusan VAR itu yang membuatkan pemain kami sangat kecewa dan hilang fokus.”

“Memang benar ia sedikit memberikan kesan kepada kami sebab kami tidak biasa lagi dengannya. Kita harus tunggu dan lihat bagaimana sistem ini diperbaiki selepas ini.”

“Betul, sistem ini mungkin ada impaknya tersendiri kepada aksi kami di separuh masa kedua. Keputusan VAR memang adil namun agak sukar untuk menerimanya.”

“Kerana dalam sistem sebelum ini, kami sudah boleh berada 1 gol di hadapan.”

Ditanya sama ada beliau menentang penggunaan VAR, Antonio menyatakan beliau tidak menentang cuma berharap ada penambahbaikan dalam perlaksanaannya. Beliau berpendapat VAR agak mengganggu tumpuan para pemain di dalam padang.

“Saya cuma boleh katakan 1 benda negatif sahaja iaitu, ia mencabar mentaliti para pemain di dalam perlawanan walaupun ia adalah keputusan yang betul.”

“Impak itu akan mempengaruhi pemain.”

Arturo Vidal yang berterusan membantah keputusan VAR di dalam padang telah ditunjukkan dengan jelas imej berdefinisi tinggi. Vidal berkata:

“Ini adalah kali pertama kami bermain dengan adanya teknologi ini. Apabila di dalam padang kami penuh dengan perasaan berhati-hati.”

“Buat masa ini, saya boleh katakan saya sukar menerimanya tetapi ia tetap adil dan sangat berguna.”

Penggunaan VAR ini memang mendapat reaksi dari ramai pihak. Ramai yang merasakan FIFA perlu memperbaiki prosedur yang sedia ada dalam perlaksanaan VAR.

Apa pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN