Rasmi! JDT Umum Ulisses Morais Sebagai Pengurus Baharu

Tidak sampai 24 daripada pengumuman penurunan pangkat Benjamin Mora, JDT terus mengumumkan ketua jurulatih mereka yang baharu.

Apa yang menarik perhatian kami adalah, JDT menggunakan terma Pengurus untuk Ketua Jurulatih mereka.

Ini bermaksud, selain daripada menjadi ketua jurulatih, Morais akan menguruskan perbelanjaan pasukan sendiri berdasarkan bajet yang diberi.

Berita ini sekaligus menamatkan spekulasi peminat bola sepak tempatan tentang siapa yang akan menggantikan Benjamin Mora.

Ramai peminat menjangkakan pemergian Mora akan membuka laluan kepada calon seperti Tan Cheng Hoe untuk mengisi jawatan tersebut.

Dengan perlantikan Morais, ini bermakna Ismail Ibrahim hanya memangku (menjadi interim) jawatan ketua jurulatih kurang 12 jam daripada pengumuman dari pihak JST. Sebelum ini JST menyatakan:

“Kami akan mengumumkan ketua jurulatih baru untuk JDT tidak lama lagi. Pada masa ini, Ismail Ibrahim dan Raul Longhi akan memikul sementara tugas jurulatih ini.”

Ramai peminat JDT tidak menyangka yang JDT mengumumkan segera ketua jurulatih mereka. JDT mengalu-alukan kerjasama dengan Ulisses Morais. Beliau menandatangani kontrak di hadapan Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards.

Alistair Edwards dalam ucapan aluan beliau kepada Morais berkata:

“Selamat datang diucapkan kepada Ulisses Morais yang akan menggalas tugas selaku Ketua Jurulatih dan Pengurus Pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).”

“Jurulatih yang berasal dari Portugal ini mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua Portugal.”

“Antaranya Famalicao, Aves, S.C Beira-Mar, Academica De Coimbra dan banyak lagi, serta telah melatih ramai pemain ternama sepanjang karier beliau di sana.”

“Kami berharap dengan pengalaman yang dimilikinya, beliau dapat melakukan yang terbaik untuk JDT. Selamat maju jaya buat Ulisses Morais.”

Selamat datang ke Liga Malaysia kami ucapkan kepada Ulisses Morais.

Sumber berita dan foto

JST – Selamat Datang Kepada Ulisses Morais

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN