Quantcast

BERITA

Lionel Messi Masuk Ruangan Komen, Nafi Bil Restoran €37,000 Di Ibiza Milik Beliau

Lionel Messi tergelak besar dengan cerita yang tular di media sosial tentang bil pizza dan minuman beliau bernilai lebih €37,000.

Seorang pekerja bar di sebuah restoran di Ibiza memuatnaik satu resit bil makanan dan minuman bernilai €37,000. Dia menyatakan bil tersebut adalah milik Lionel Messi.

Dalam bil tersebut, ada 27 pizza dan 47 botol minuman Dom Perignon bersama-sama dengan wiski, kopi, kaviar, dan banyak lagi.

Dalam satu muatnaik di laman sosial, Lionel Messi dilihat bersama-sama dengan Cesc Fabregas dan Luis Suarez sedang meluangkan masa bersama-sama.

Lionel Messi menafikan hal tersebut. Messi menganggap individu yang percaya akan berita seperti itu sebagai kelakar. Messi memberikan komen dalam status tersebut:

“Hahahahaha, hebat betul cara untuk bercakap perkara tidak masuk akal. Mereka hanya mereka-reka benda itu, yang lebih menarik adalah mereka yang percayakannya.”

Laman Juez Central, pihak yang bertanggungjawab menularkan benda tersebut telah memadam status mereka. Juez Central kemudian meminta maaf secara terbuka kepada Lionel Messi dengan berkata:

“Semalam kami memuatnaik imej yang dikatakan bil milik Messi dan rakan-rakannya di Ibiza. Tidak lama selepas itu, menerusi akaun rasmi beliau, Messi memberikan komen dalam status itu dan menafikan kesahihan berita itu.”

“Dalam setiap muatnaik, kami sentiasa cuba memastikan bahan tersebut dari sumber yang dipercayai. Jika tidak, kami tidak akan menerbitkannya selepas fasa penapisan.”

“Dalam kes ini, kami mendapati ada 3 sumber memuatnaik perkara yang sama. Jelas sekali, kami tersilap apabila percaya ia adalah berita yang benar. Sebaliknya ia adalah palsu.”

“Kami ingin meminta maaf kepada semua pihak yang kami hormati dan kagumi. Kami merasakan satu penghargaan juga apabila lagenda bolasepak (Messi) menerima berita dari laman kami dan membacanya.”

“Atas dasar tanggungjawab besar ini, kami akan memperbaiki diri kami pada masa hadapan untuk mengelakkan dari menerbitkan berita palsu.”

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!