Sejak 12 tahun lepas, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi telah mendominasi Ballon d’Or, namun Robin Van Persie percaya kedua-dua pemain berkenaan tidak selayaknya memenangi anugerah tersebut pada tahun ini.
Sejak 2008, Ronaldo telah memenanginya sebanyak lima kali sementara Messi pula merupakan pemegang rekod dengan muncul pemenang sebanyak enam kali termasuk pada tahun lepas.
Hanya Luka Modric sahaja yang berjaya ‘menyelit’ dalam senarai pada 2018 selepas mengharungi musim yang cemelang dengan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan muncul naib juara Piala Dunia pada tahun tersebut.
Dalam ciapannya bagi membalas hantaran BT Sport, Van Persie mencalonkan Robert Lewandowski sebagai pemenang sementara Kevin de Bruyne dan Sadio Mane di tempat kedua dan ketiga.
🥇@lewy_official
— Robin van Persie (@Persie_Official) July 8, 2020
🥈@DeBruyneKev
🥉Sadio Mané https://t.co/MI41mpHVYD
Musim ini Lewandowski ternyata cemerlang membawa Bayern Munich meraih kejuaraan berganda Bundesliga dan DFB-Pokal dan berpeluang untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah yang akan bersambung pada bulan Ogos ini.
Penyerang Poland itu juga kini mendahului carta Kasut Emas Eropah dengan mengumpul 34 gol, 5 gol mengatasi Ciro Immobile, namun penyerang Lazio itu masih berpeluang untuk memintas memandangkan saingan Serie A masih berbaki tujuh perlawanan.
Sekalipun Manchester City gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dari dirampas Liverpool, prestasi De Bruyne bersama The Citizen musim ini cukup mantap di mana beliau telah menjaringkan 13 gol dan menyumbang 21 bantuan jaringan dalam semua pertandingan.
On this day in 2014, Robert Lewandowski was presented as new FC Bayern player.
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) July 9, 2020
6 years later:
• 285 games
• 242 goals
• 53 assists
• 12 titles
• 2x Bundesliga Player of the season
• 4x Bundesliga top scorer
• 4x DFB Pokal top scorer
• 2x UCL Team of the season pic.twitter.com/1SgwQAvqH4
Rekod tersebut menjadikan beliau kini sebagai salah satu pilihan utama untuk anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA yang dimenangi oleh Virgil Van Dijk musim lepas memandangkan City telah pun menjuarai Piala Carabao pada Februari lalu.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu juga dalam landasan terbaik untuk menjuarai Piala FA dan UCL.
Statistik Mane mungkin tidak sebaik rakan sepasukannya, Mohamed Salah dengan hanya menjaringkan 16 gol dan tujuh bantuan jaringan berbanding Salah yang sudah menjaringkan 19 gol dan sembilan bantuan jaringan.
Tetapi tidak dapat dinafikan penyerang Senegal itu merupakan tunjang utama kepada kejayaan Liverpool menjuarai EPL musim ini.
Mungkin sudah tiba masanya Ronaldo dan Messi tidak perlu lagi dimasukkan dalam senarai tiga calon akhir untuk Ballon d’Or tahun ini seperti mana yang dicadangkan oleh Van Persie.
Kredit Foto: Getty Images