EPL: Manchester United Menang Macam Biasa, Greenwood Terus ‘Meletup’

Manchester United EPL

Bruno Fernandes sekali lagi menjadi watak penting buat prestasi cemerlang Manchester United sejak saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali bersambung dengan menjaringkan gol pembukaan ketika menumpaskan Aston Villa 3-0 pada awal pagi tadi.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu meneruskan rekod tanpa kalah dalam 17 perlawanan dalam semua pertandingan dan merapatkan kedudukan dengan pasukan di tangga keempat, Leicester City dengan perbezaan hanya satu mata ketika empat perlawanan berbaki.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Villa Park itu, pasukan tuan rumah berpeluang untuk mendahului perlawanan menerusi percubaan Jack Grealish yang tersasar dan Trezeguet yang terkena tiang.

Namun nasib lebih menyebelahi United apabila pengadil, Jon Moss menganugerahkan penalti apabila Ezri Konsa didakwa menjatuhkan Fernandes dalam kotak penalti. Pemain tengah Portugal itu mudah menewaskan penjaga gol Villa, Pepe Reina untuk gol pertama United.

United terus mengasak kubu Villa dengan deretan percubaan termasuk dari Anthony Martial, Fernandes dan Greenwood, namun Reina berjaya menyelamatkan gawangnya dari terus dibolosi sehinggalah Greenwood meledak gol kedua ketika separuh masa pertama hampir tamat.

Penyerang berusia 18 tahun itu yang menerima hantaran pendek Martial membuat rembatan padu menggunakan kaki kanannya dari luar kotak penalti ke arah kanan gol yang juga merupakan gol ke-16 peribadinya musim ini.

Malam gemilang United dilengkapkan dengan gol ketiga hasil kebijaksanaan Fernandes yang membuat hantaran dari sepakan penjuru kepada Paul Pogba yang menunggu di luar kotak penalti sebelum pemain tengah Perancis itu melencongkan bola dari luar kotak menembusi gawang Villa.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Solskjaer memuji bakat dan kematangan Greenwood yang membuktikan beliau kini merupakan salah seorang pemain muda terbaik dunia.

“Semasa saya tiba di kelab ini, saya menonton satu perlawanan skuad muda United di mana pasukan kami menewaskan Chelsea dengan dia [Greenwood] menjaringkan tiga gol. Bermula dari situ saya percaya dia adalah penjaringkan gol semula jadi dan mempunyai kawalan bola yang sangat baik.

“Sekarang ini bakatnya semakin berkembang selepas diberi peluang beraksi dengan pemain-pemain hebat lain dalam skuad utama. Dia cuma perlu terus menikmatinya.”

Greenwood adalah pemain keempat berusia 18 tahun dan kebawah yang berjaya menjaringkan gol dalam tiga perlawanan EPL  berturut-turut seleain Danny Cadamarteri, Michael Owen dan Francis Jeffers.

Dalam pada itu, pengurus Villa, Dean Smith ternyata tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil memberikan sepakan penalti kepada United walaupun EPL kini sudah pun menggunakan VAR untuk menyemak sesuatu keputusan.

“Saya boleh faham jika Jon Moss tersilap, tetapi apa yang VAR buat? Ia satu keputusan yang memalukan liga ini. Mereka ada skrin untuk mereka pegi dan lihat semula kejadian tersebut, tetapi mereka seolah-olah tak peduli dengan kesilapan yang berlaku,” ujar Smith.

Kekalahan itu menjadikan kedudukan Villa kini semakin kritikal di zon penyingkiran. Dalam 10 perlawanan terakhir, pasukan itu hanya mengutip dua mata sahaja dengan 8 kekakalahan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN