Jendela perpindahan Januari kebiasaannya akan menyajikan drama-drama yang hebat di hari-hari terakhir sebelum ia ditutup.
Kebanyakan kelab kebiasaannya akan melakukan penandatanganan mega pada jendela perpindahan musim panas, dan sangat jarang untuk melihat ada pembelian luar biasa yang berlaku pada jendela perpindahan Januari.
Pemain bebas ejen juga kebiasaannya akan tamat kontrak pada penghujung musim, dan mereka bakal menandatangani kontrak baru bersama pasukan berbeza pada musim panas.
🚨 @FabrizioRomano Column 🚨
• Updates on Cavani, Pogba and Mo Salah 🤷🏼♂️
• Chelsea working hard to deal with James and Chilwell injuries 🤨More here 👇https://t.co/8BTLFCuIs6#SkExperts #Transfers
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) January 10, 2022
Jendela perpindahan Januari digunakan oleh kelab untuk membuat penandatanganan kecemasan seperti mencari pengganti pemain cedera, atau ada masalah tertentu di sesebuah posisi itu.
Jadi memang sangat jarang untuk melihat pembelian mega berlaku pada jendela perpindahan Januari dan tidak dinafikan tetap ada juga penandatanganan pemain berprofil tinggi yang dilakukan pada awal tahun setiap musim ini.
Sama seperti penandatanganan di musim panas, belum tentu kesemua pemain yang ditandatangani pada jendela perpindahan Januari akan memberi impak seperti yang diharapkan.
The January transfer window discussed by Harry Kane, Ben Davies & Christian Eriksen in 𝐀𝐥𝐥 𝐨𝐫 𝐍𝐨𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠: 𝐒𝐩𝐮𝐫𝐬 💰 pic.twitter.com/l6MmdvyYjO
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) January 13, 2022
Berikut merupakan senarai lima pembelian yang dilakukan pada Januari, yang dianggap sebagai antara yang terhebat dalam sejarah saingan Premier League.
1. Virgil van Dijk
Southampton ke Liverpool ($106 juta pada Januari 2018)
Pemain yang dianggap sebagai pembelian paling berbaloi dalam sejarah jendela perpindahan Januari merupakan pemain centre-back Liverpool, Virgil Van Dijk.
Memiliki ciri kepimpinan yang hampir sama seperti Vidic, namun kehadiran beliau sepertinya lebih memberi impak yang luar biasa kepada keseluruhan skuad.
On this day in 2018, Liverpool sold Philippe Coutinho to Barcelona.
They used the money to pay for Virgil van Dijk and Alisson with money to spare. 💰 pic.twitter.com/8jbuO2R7aI
— B/R Football (@brfootball) January 6, 2022
Tanpa Van Dijk, Liverpool berkemungkinan tidak akan menjuarai saingan Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup dan Premier League.
Selain dari kebijaksanaan dalam pengurusan Jurgen Klopp dan gandingan jentera serangan yang menakjubkan, kehadiran Van Dijk tidak dinafikan merupakan nadi penting sebalik kejayaan Liverpool.
Klopp benar-benar bijak menggunakan dana yang kelab perolehi selepas menjual Philippe Coutinho dengan beliau menandatangani Van Dijk dengan yuran perpindahan memecah rekod dunia.
Walau pada awalnya ramai penyokong mengkritik keputusan beliau menandatangani Van Dijk dengan nilai yang tinggi, namun kini terbukti segala kritikan itu tidak benar.
Virgil van Dijk explains why he put Liverpool before Netherlands in controversial movehttps://t.co/fXqr2jZEvv pic.twitter.com/SUdZICAmX6
— Mirror Football (@MirrorFootball) January 8, 2022
Beliau pernah memenangi anugerah pemain terbaik tahunan Premier League dan turut muncul sebagai pemain terbaik tahunan UEFA pada musim 2018/19.
Kepentingan Van Dijk mula dirasai oleh kelab ketika beliau berdepan kecederaan panjang pada musim lalu, dan Liverpool jelas sangat bergelut ketika beraksi tanpa bintang Belanda itu.
Van Dijk mempunyai kualiti lengkap sebagai seorang pemain pertahanan berkelas dunia, dan beliau jelas sekali antara pembelian paling berbaloi kelab.
2. Nemanja Vidic
Spartak Moscow ke Man United ($12 juta pada Januari 2006)
Vidic sememangnya antara pemain pertahanan terhebat pernah beraksi dalam saingan Premier League, dengan beliau pernah tercalon dalam PFA Team of the Year sebanyak empat kali dari lapan musim beliau di Old Trafford.
ON THIS DAY: In 2006, Manchester United signed Nemanja Vidic from Spartak Moscow for a reported £7m.
◉ 300 appearances
◉ 21 goals
🏆 15 trophiesThe only defender to be named Premier League Player of the Season on two separate occasions. 🇷🇸 pic.twitter.com/4MdqfxCuVQ
— Squawka (@Squawka) January 5, 2022
Beliau juga pernah dua kali berada dalam kesebelasan terhebat FIFPro dan antara kejayaan terhebatnya adalah membantu United memenangi lima gelaran Premier League, Champions League dan FIFA Club World Cup.
Pemain kebangsaan Serbia itu dilihat sangat tenang dan seolah-olah seorang yang pendiam, namun dengan sikap malu-malu kucing itu, beliau berjaya menjadi pemain centre-back yang paling digeruni lawan.
Kualiti bertahan beliau, keberanian beliau, positioning, kemahiran membaca perlawanan, kekuatan dan kekentalan beliau jelas sangat sukar untuk ditandingi.
Satu hal yang terpenting, Vidic merupakan seorang pemimpin. Beliau merupakan pemimpin terakhir yang dianggap paling berjaya ketika era Sir Alex Ferguson.
🏆🏆🏆🏆🏆 #PL
🏆🏆🏆 League Cup
🏆 #UCL
🏆 Club World CupNemanja Vidic joined the Reds #OnThisDay 1️⃣6️⃣ years ago! ✍️🔴#MUFC | #PhotoOfTheDay pic.twitter.com/myO7e9hqx9
— Manchester United (@ManUtd) January 5, 2022
Gandingan beliau bersama Rio Ferdinand telah berjaya membantu United memenangi segalanya dan mereka turut dianggap sebagai gandingan paling berjaya dalam sejarah Premier League.
3. Luis Suarez
Ajax ke Liverpool ($37 juta pada Januari 2011)
Liverpool berjaya melengkapkan pembelian Luis Suarez pada hari yang sama dengan Andy Carroll dan mujur saja impak yang mereka berdua berikan tidak sama.
Suarez berjaya menjadi pengganti Fernando Torres yang paling sempurna, berbanding Andy Carroll yang dianggap sebagai antara penandatanganan paling gagal kelab.
🇺🇾 Luis Suarez – Ajax to Liverpool
🔴 133 appearances
⚽️ 82 goals
🎯 47 assists🏆 1x League Cup
🏆 1x Player of the Season
🏆 1x Premier League Golden Boot
🏆 1x European Golden ShoeHe may have been controversial but he is one of the Premier League greats. pic.twitter.com/4QXJkrn8sx
— Sporting Index (@sportingindex) January 7, 2022
Bahkan Suarez bukan hanya boleh menjadi pengganti Torres yang bagus, beliau juga sebenarnya telah memberi impak yang benar-benar di luar jangkaan ramai.
Januari 2011 merupakan jendela perpindahan pertama Liverpool di bawah pemilikan Fenway Sports Group, dengan Suarez jelas sekali antara pemain yang banyak beri keuntungan kepada John W.Henry.
Bintang Uruguay itu sememangnya sungguh luar biasa menakjubkan dan beliau turut dianggap antara penyerang terhebat Premier League selepas berakhirnya era Thierry Henry.
Beliau merekodkan 120 penglibatan gol dari 110 perlawanan dalam saingan Premier League dan ia merupakan satu rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Musim terbaik beliau di Anfield adalah pada musim 2013/14, dengan beliau ketika itu berjaya memenangi anugerah kasut emas selepas menjaringkan 31 gol untuk Liverpool.
Liverpool FC @LFC
Luis Suarez pic.twitter.com/8ISOVdqgfn— Superb Footy Pics (@SuperbFootyPics) January 11, 2022
Beliau juga dianggap bersendirian memikul Liverpool di atas bahunya untuk mencabar kejuaraan liga pada ketika itu, namun sayangnya ia berakhir dengan kegagalan.
Beliau bermula lebih lambat pada ketika itu kerana menjalani hukuman penggantungan selepas terlibat dengan insiden menggigit Ivanovic.
Namun ia tidak menjadi penghalang untuk beliau terus mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa cemerlang pada musim tersebut.
4. Patrice Evra
Monaco ke Man United ($9 juta pada Januari 2006)
Walau beliau kini dikenali kerana sering melakukan hal-hal yang tak masuk akal, namun harus diingat yang Evra sebenarnya pernah mengharungi karier yang sungguh luar biasa menakjubkan di Old Trafford.
699 games
1x Champions League
1x FIFA Club World Cup
5x Premier League
3x League Cup
3x Serie A
2x Coppa Italia
1x Supercoppa Italiana
1x Ligue 1
1x Coupe de la Ligue@Evra retires from the game he loved ❤️ pic.twitter.com/5hWiEOjhKx— B/R Football (@brfootball) July 29, 2019
Bekas pemain kebangsaan Perancis itu merupakan antara nadi penting dalam sistem Sir Alex Ferguson ketika kariernya bersama Red Devils, dengan beliau berjaya membantu kelab memenangi lima gelaran Premier League dari lapan musim beliau di Old Trafford.
Tidak dinafikan beliau merupakan antara pemain full-back terhebat ketika pada ketika itu dan akan terus dikenang sebagai antara legenda terhebat kelab.
5. Bruno Fernandes
Sporting Lisbon ke Man United ($62 juta pada Januari 2020)
Sepanjang 18 bulan pertama beliau beraksi bersama Manchester United, Fernandes jelas sekali telah menunjukkan impak yang sungguh menakjubkan.
Beliau dengan segera menjadi nadi terpenting skuad dan turut dianggap pemain paling berprestasi dalam saingan Premier League pada ketika itu.
One year ago, Bruno Fernandes joined Manchester United 🎩🔴
Games: 52
Goals: 28
Assists: 18No PL player has scored and contributed more goals than Bruno
and won more POTM awards since he joined. 🤩What a signing 🔥🔴pic.twitter.com/21LfEEPlgI
— United Zone (@ManUnitedZone_) January 29, 2021
Tidak keterlaluan untuk menganggap yang Ole Gunnar Solskjaer boleh bertahan begitu lama di Old Trafford adalah kerana kualiti persembahan dan usaha yang ditunjukkan oleh Fernandes di atas padang.
Tidak sampai satu musim di Old Trafford, Bruno Fernandes berjaya menjadi antara pemain yang paling disayangi oleh para peminat.
Semangat, impak, kualiti, corak persembahan dan mentaliti yang beliau tunjukkan sudah cukup untuk menjelaskan mengapa beliau disanjung oleh para peminat.
Walau tidak memakai lilitan kapten, namun tidak dinafikan yang Fernandes memainkan peranan seperti seorang pemimpin dan berjaya membantu United untuk mendapatkan tempat ke Champions League pada musim pertamanya.
Beliau bahkan turut berjaya menjadi pemain pertama dalam sejarah yang memenangi empat gelaran pemain terbaik bulanan Premier League dalam tahun yang sama ketika awal ketibaannya.
Bruno Fernandes ends the 2020/21 Premier League season with
• Most Chances Created – 107
• Most Key Passes – 95
• 2nd Most Assists in the League – 12
• 3rd Most Goals in the League – 18
• Highest on Expected Assists – 12.16
• 2 PL POTM Awards.
• Sir Matt Busby POTY Award. pic.twitter.com/tSlMFtPlJo— ☈ッ (@TheFergusonWay) May 24, 2021
Selain cemerlang memimpin United dalam saingan liga, beliau juga turut cemerlang membantu United untuk mara ke aksi perlawanan akhir Europa League pada musim lalu.
Musim ini, walau beliau gagal memberikan impak seperti apa yang diberikan olehnya sebelum ini, namun tidak dinafikan yang beliau masih lagi pemain terpenting kelab.