Alphonso Davies Alami Keradangan Otot Jantung Selepas Pulih Daripada Covid-19

gettyimages-1356046780-594x594

Hasrat pemain muda sensasi Bayern Munich, Alphono Davies untuk kembali beraksi nampaknya terpaksa ditangguhkan apabila dikesan mengalami keradangan pada otot jantung.

Pemain pertahanan kiri berusia 21 tahun itu baru sahaja pulih dari Covid-19 yang menyaksikan beliau disisihkan sejak awal tahun ini.

Skuad kendalian Julian Nagelsmann itu tewas 2-1 kepada Borussia Monchengladbach ketika ketiadaan Davies. Nampaknya mereka perlu menunggu lebih lama untuk menagih khidmatnya.

Menjelang aksi berdepan Koln pada Sabtu ini, Nagelsmann dalam sidang media menjelaskan situasi pemainnya itu.

“Semalam ketika pemeriksaan lanjut terhadap setiap pemain yang dijangkiti Covid-19, kami dapat mengesan ada miokarditis ringan – keradangan pada otot jantung.

“Jadi buat masa ini dia telah berhenti dari menyertai sesi latihan, bermakna dia tidak bersedia untuk diturunkan pada minggu depan.

“Miokirditis ini bukanlah penyakit yang serius berdasarkan imbasan ultrasound, tetapi lebih kepada tanda-tanda keradangan. Namun begitu, untuk sembuh pastinya ia akan mengambil sedikit masa.”

Alphonso Davies: Kisah Pelarian Perang Afrika Yang Menakluk Eropah

Setakat ini tidak dapat dipastikan bilakah tarikh sebenar Davies akan kembali beraksi. Selepas aksi bertemu Koln, skuad The Bavarian itu akan berkunjung ke Hertha Berlain pada 23 Januari.

Kemudian aksi penting menentang RB Leipzig dijadualkan pada 5 Februari selepas kalender bola sepak antarbangsa.

Aksi pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pula akan bermula pada 16 Feburari ini dan pastinya Nagelsmann tidak mahu kehilangan khidmat tonggak utamanya itu terlalu lama.

Leave a Reply