Pengurus Ajax, Erik ten Hag mengesahkan Donny van de Beek telah diketepikan untuk perlawanan persahabatan menentang Eintracht Frankfurt pada Sabtu lalu disebabkan ada kemungkinan mengenai spekulasi perpindahannya ke kelab lain.
Kelibat pemain tengah Belanda itu tidak kelihatan ketika pasukannya menewaskan kelab Bundesliga tersebut dan sekaligus menguatkan lagi khabar mengenai minat Manchester United yang mahu mendapatkannya dalam masa terdekat ini.
United setakat ini masih belum membawa masuk pemain baharu untuk jendela perpindahan musim panas ini dan usaha untuk mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan cabaran daripada beberapa pasukan lain seperti Barcelona dan Real Madrid.
https://twitter.com/mufc20timesggmu/status/1300015622747758592?s=20
Pemain berkenaan telah mengumpul 10 kaps bersama skuad kebangsaan Belanda dan menjadi pemain penting buat skuad utama Ajax setelah membuat hampir 200 penampilan dalam semua pertandingan termasuk mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim 2018/19.
“Memang ada perkembangan terbaharu yang membuatkan dia tidak terpilih. Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku dan selepas itu kami akan membuat pengumuman secepat mungkin jika ada penjelasan,” ujar Ten Hag.
“Permintaan untuk tidak menurunkannya bukan datang hanya dari satu pihak, tetapi kami telah berbincang mengenainya. Rundingan telah pun dibuat dan memang memang ada kemungkinan berlaku perpindahan.”
(@sport): Donny van de Beek has told his Ajax teammates that he will be joining Manchester United, and not FC Barcelona. He will travel to Manchester next week to complete the deal. 🔴#GGMU #MUFC #TransferNews #mulive pic.twitter.com/meeu1MOLwg
— Noah Mcilroy (@NsmUnited) August 30, 2020
Akhbar Belanda, De Telegraaf sebelum ini melaporkan Ajax meletakkan nilai perpindahan sebanyak €50 juta (RM240 juta) untuk pemain tengah itu dan bertegas tidak akan dijual dengan ‘harga diskaun’ kepada mana-mana kelab.
Selain Van de Beek, United kini juga dilaporkan sedang mengikuti rapat perkembangan kapten Aston Villa, Jack Grealish selepas gagal mendapatkan Jadon Sancho.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer akan beraksi perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim 2020/21 di Old Trafford berdepan Crystal Palace pada 19 September ini.
Kredit Foto: Express Sport
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Van de Beek dan Manchester United: