Man United Tak Beraksi Pada Minggu Pertama Premier League 2020/2021

Mason Greenwood

Kini, masanya hampir tiba!

Premier League telah mengumumkan jadual penuh bagi saingan liga untuk musim 2020/2021 di laman media sosial mereka.

Ianya turut disiarkan oleh kesemua 20 pasukan yang bertanding menerusi jadual perlawanan yang diharungi buat penyokong mereka.

Antara yang menarik tumpuan adalah cabaran getir Leeds United yang bakal membuka kempen mereka di Premier League dengan bertemu Liverpool di perlawanan pertama.

Ianya semestinya menarik kerana melibatkan pertembungan dua pakar taktikal iaitu Marcelo Bielsa dan juga Jurgen Klopp yang mengatakan ingin ‘menyerang’ gelaran liga pada musim ini.

Sementara bagi Arsenal, mereka sekali lagi diuji dengan perlawanan-perlawanan yang cukup getir bertemu kesemua empat pasukan terbaik dalam tujuh perlawanan awal liga.

Mereka akan bertemu Liverpool (26 September), Manchester City (17 Oktober), Leicester City (24 Oktoboer) dan Manchester United (31 Oktober).

Bagi juara bertahan Liverpool, mereka akan bertemu Chelsea dan Arsenal pada 19 dan 26 September selain Leeds United pada hari pembukaan.

Berbeza dengan musim-musim sebelum ini, tiada perlawanan pembukaan tunggal bakal diadakan sebaliknya enam perlawanan pada hari Sabtu akan dilangsungkan pada waktu serentak iaitu jam 11 malam waktu Malaysia.

Baki dua perlawanan pula akan diadakan pada jam 15 September jam 3 pagi waktu Malaysia melibatkan Brighton and Hove Albion menentang Chelsea dan juga Sheffield United lawan Wolverhampton Wanderers.

Namun begitu, Manchester United dan Manchester City perlu menunggu sedikit lagi masa sebelum mereka boleh memulakan saingan liga kerana perlawanan pembukaan mereka ditangguh.

Perlawanan menentang Burnley dan Aston Villa masing-masing ditangguh hingga ke tarikh yang lain kerana pihak liga memberikan lebih masa buat kedua-dua pasukan untuk berehat selepas terlibat dengan Europa League dan UEFA Champions League di Jerman serta Portugal.

Anda boleh saksikan jadual penuh PL di sini.

Baca juga artikel kami mengenai Premier League:

Leave a Reply