Valencia ‘Kena Kencing’ Pemain Sendiri Antara Kisah 10 Pemain Ambil Cuti Rehat

Cuti rehat di dalam bola sepak profesional bukan satu perkara yang biasa. Kebiasaannya kudrat pemain akan ditagih sepanjang musim di setiap perlawanan demi pasukan.

Namun dalam sesetengah kes, pihak kelab berdasarkan budi bicara akan melepaskan pemain-pemain tertentu sekiranya ada alasan munasabah yang tidak dapat dielakkan.

Alisson Becker misalnya diberikan pelepasan oleh Liverpool untuk memberikan penghormatan terakhir kepada ayahnya yang meninggal dunia. Dalam perlawaan pada awal pagi tadi, David de Gea turut tidak beraksi dalam perlawanan menentang Manchester City untuk berada di sisi isterinya menyambut cahaya mata.

Ada juga kes cuti rehat diberi atas alasan yang pelik. Ada juga disebabkan masalah disiplin. Berikut adalah senarai 10 pemain yang pernah mempergunakan cuti rehat yang diberikan oleh pihak kelab atas pelbagai alasan.

1. Sergio Aguero

48 jam sebelum Manchester City berkunjung ke Stamford Bridge pada 2017, Sergio Aguero memilih untuk menghadiri konsert artis Colombia, Maluma di Amsterdam. Perkara ini mungkin tidak disedari ramai sehinggalah teksi yang membawa pemain Argentina ke lapangan terbang untuk kembali ke Manchester terlibat dalam kemalangan melanggar tiang lampu ketika dalam perjalanan. Akibatnya, Aguero mengalami kecederaan patah tulang rusuk.

Pep Guardiola pada mulanya menganggap insiden itu sebagai perkara kecil. “Ia berlaku pada hari cuti beliau. Saya bukannya polis,” kata pengurus dari Sepanyol itu pada mulanya.

Guardiola kemudian berkata: “Jika mereka adalah seorang ayah, maka seseorang pemain sepatutnnya tahu tanggungjawab yang dipikul. Mereka patut tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Disebabkan insiden tersebut, Aguero terlepas perlawanan menentang Chelsea dan hampir menyebabkan City membayar harga yang tinggi walaupun akhirnya menang tipis 1-0. Jelas ia adalah cuti rehat yang tidak dirancang. City bagaimanapun bernasib baik kerana Aguero kembali menyertai pasukan dua minggu selepas itu.

2. Momo Sissoko

Pada 2004 bekas pemain Liverpool Momo Sissoko memaklumkan kepada pengurusan Valencia beliau memerlukan beberapa hari cuti rehat kerana dipanggil oleh pasukan negaranya Mali untuk satu perlawanan persahabatan yang akan diadakan di Kenya. Perlawanan tersebut dikatakan perlawanan perlawanan berprofil rendah dan tiada kepentingan, namun Valencia tiada halangan untuk perkara tersebut.

Sekembalinya ke Sepanyol, Sissoko dengan megahnya bercerita mengenai perlawanan tersebut, dan mendakwa dirinya teah menjaringka gol kemenangan pasukan negaranya.

Beliau bagaimanapun dikeluarkan sebelum babak pertama berakhir. Jaringan Sissoko adalah satu perkara positif kerana Sissoko tidak pernah menjaringkan gol untuk kelabnya sebelum itu.

Hasil semakan, akhirnya pegawai kelab akhirnya menyedari perlawanan yang didakwa oleh Sissoko sebenarnya tidak pernah berlaku. Sissoko sebenarnya melawat ayahnya, Mohamed yang terlantar sakit di hospital. Di sebalik penipuan tersebut, ia tidak menghalang Rafael Benitez untuk membawa pemain tersebut bersamanya ke Liverpool pada musim berikutnya.

3. Mesut Ozil

Suatu masa dahulu kala Mesut Ozil adalah bintang paling menyinar di dalam kem Arsenal. Tidak keterlaluan jika kita katakan Ozil lebih disayangi berbanding maskot The Gunnersaurus. Arsene Wenger pula sering kali dituduh berat sebelah atas layanannya terhadap bintang dari Jerman itu.

Kenyataan berat sebelah oleh Wenger itu ternyata benar berdasarkan insiden berikut. Sutu hari Ozil didapati berparti di Berlin sebelum kembali menyertai pasukan dalam keadaan demam beberapa jam menjelang perlawanan menentang Newcastle.

Wenger dipetik sebagai berkata: “Untuk hal ini, anda mesti tahu sukar untuk menolak rakan meraikan hari jadi apabila beliay berada di negaranya sendiri.”

Tidak dilupakan juga bagaimana Ozil dibenarkan terbang dengan jet peribadi untuk menemui keluarganya di Jerman, dan pada masa yang sama keseluruhan skuad lain terpaksa beraksi dalam perlawanan Piala FA menentang Suton pada 2017.

4. Xabi Alonso

Xabi Alonso adalah pemain yang popular di kalangan penyokong Liverpool. Namun beliau seperti tiada di dalam perancangan Rafael Benitez selepas melalui kempen mengecewakan pada musim 2007/08. Benitez dikatakan kecewa apabila Alonso mengambil keputusan menarik diri dari persiapan pasukan menjelang perlawanan suku akhir Champions League menentang Inter Milan untuk membebarkan dirinya mendampingi isteri yang baru bersalin.

“Saya boleh sahaja ambil penerbangan dan menyertai pasukan di sana. Tetapi beliau [Benitez] tidak menerima cadangan tersebut. Saya terpaksa mengambil kepurusan untuk bersama keluarga,” dedah Alonso mengenai kejadian beliau di Liverpool.

Liverpool masih menang 1-0 di Itali tetapi hubungan Benitez dengan salah seorang hero di Istanbul itu semakin rengang. Alonso kemudiannya dijual ke Real Madrid pada 2009. Perkara itu mendorong Steven Gerrard berkata: “Saya menyalahkan Rafa kerana kehilangan Alonso. Beliau boleh menyumbang enam sehingga tujuh musim lagi di Liverpool tetapi pergi pada 2009.” Ia mungkin keputusan terbaik oleh Alonso mengambil kira jumlah trofi dimenanginya selepas meninggalkan kelab Merseyside itu.

5. Stephen Ireland

Pada ketika ini Stephen Ireland adalah salah seorang bintang meningkat naik di Manchester City. Terdesak untuk melawat teman wanitanya yang mengalami keguguran, Ireland melakukan perancangan untuk mendapatkan cuti dengan cara yang boleh dianggap agak melampau.

Menjelang perlawanan penting pusingan kelayakan Euro 2008 menentang Republic Czech, Ireland memberitahu pengurus Republik Ireland Steve Staunton bahawa nenek sebelah ibunya telah meninggal dunia.

Apabila diketahui neneknya itu masih lagi hidup, Ireland mengubah cerita dan berkata sebenarnya nenek sebelah ayahnya pula meninggal dunia. Apabila neneknya membaca khabar tersebut di surat khabar, Ireland sekali lagi menukar ceritanya.

Sven Goran-Eriksson yang mengendalikan City pada ketika itu kemudiannya menjelaskan perkara tersebut: “Jika anda ada masalah, bercakaplah benar. Jangan berbohong kerana itu adalah kebodohan.” Ireland kemudiannya memberikan respon: “Saya berusia 19 tahun dan beraksi di Premier League, turut bergelut membesarkan dua anak dengan bayaran £95 seminggu.” Ireland dikenang sebagai salah seorang pemain yang tidak pernah memenuhi potensi sebenar miliknya.

6. Ferguson & Ronaldo

“Beliau seperti bapa saya di dalam bola sepak,” ujar Ronaldo yang tidak pernah melupakan sumbangan Sir Alex Ferguson dalam pembentukan kariernya. Apabila ayah kepada bintang bola sepak dari Portugal itu sedang sakit tenat di sebuah hospitak di London, ia adalah tempoh sukar kerana kesibukan jadual perlawanan.

“Kami berada pada waktu penting dalam saingan liga dan Champions League. Tetapi saya berkata, “Boss, saya tidak berasa baik. Saya perlu melawat ayah saya.”

https://twitter.com/sportbible/status/663797682528481280

Sir Alex kemudian menjawab: “Cristiano, anda mahu pergi sehari, dua hari, atau seminggu, anda boleh pergi. Kami akan merindui kamu kerana anda sendiri tahu kepentingan anda kepada pasukan. Tetapi ayah kamu sentiasa harus diutamakan.”

Ayah Ronaldo kemudiannya meninggal dunia sehari sebelum perlawanan menentang Villareal pada 2005, tetapi Ronaldo tetap mengumpul kekuatan untuk turun beraksi dalam perlawanan tersebut.

7. Anton Ferdinand

Pada 2007 Anton Ferdinand memaklumkan kepada pengurus West Ham, Alan Curbishley bahawa beliau memerlukan cuti untuk melawat neneknya yang sedang tenat di Isle of Wight. Curbs sebelum itu telah memaklumkan kepada pemainya bahawa mereka tidak boleh meninggalkan negara ketika tempoh rehat dua minggu menjelang perlawanan seterusnya.

Masalahnya Ferdinand ingkar arahan tersebut, dan sebaliknya menghadiri parti hari jadi yang dihadiri 100 tetamu lain untuk meraikan sambutan hari jadi ke-22 di sebuah kelab mala di South Carolina.

Pemain itu kemudiannya mengakui telah melakukan kesilapan bodoh kerana terbang ke Amerika Syarikat untuk tujuan tersebut, tetapi menafikan tindakan beliau disebabkan kurang komitmen terhadap kelab. Ferdinand dimaafkan dan terus mendapat tempat dalam perlawanan menentang Tottenham yang berkesudahan dengan kekalahan 4-3. Adik kepada bintang England dan Manchester United, Rio itu kemudiannya didenda oleh kelab dua minggu gaji (£45,000 kerana menipu dan ingkar arahan.

8. N’Golo Kante

Pemain antarabangsa Perancis ini mempunyai sejarah kesihatan di kalangan ahli keluarga yang lain. Abangnya meninggal dunia akibat serangan jantung sebelum bermulanya kejohanan Piala Dunia 2018. Ia adalah tahun yang sama di mana Kante tiba-tiba pengsan ketika latihan di Cobham tanpa sebarang penjelasan yang munasabah dari pasukan perubatan kelab.

Dan apabila hampir semua pemain kembali dari lockdown akibat Covid-19 untuk meneruskan pertandingan selepas itu, Kante antara pemain yang masih teragak-agak berbuat demikian kerana risiko kesihatan. Beliau hadir untuk latihan hari pertama sebelum meneruskan latihan secara sendirian di rumah.

“Ia boleh difahami,” jelas penjaga gol veteran Wily Caballero. Penjaga gol dan rakan sepasukan Kante dikatakan faham akan keadaan pemain itu dan semua pihak di Chelsea turut memberikan sokongan kepada beliau.

9. Carlos Tevez

Penyerang kontroversi dari Argentina ini digantung oleh Manchester City selama dua minggu dan denda £500,000 kerana enggan beraksi sebagai pemain gantian dalam perlawanan Champions League menentang Bayern Munich pada 2011. Pengurus pasukan ketika itu Roberto Mancini marah dengan sikap pemain itu dan mengarahkan Teves balik sahaja ke Argentina selepas pertengkaran ketika pelawanan menentang Bayern Munich.

Dan Tevez pun tidak teragak-agak balik ke Argentina. Dan beliau tidak mengambil cuti seketika, tetapi untuk tempoh lima bulan! Sepanjang tempoh itu Tevez mengasah bakatnya bermain golf di Buenos Aires dan menjuarai Kejohanan Pro-Am bergandingan dengan rakan senegara Andres Romero. Kembali ke City selepas itu, Tevez menjaringkan gol menentang Norwich City dan meraikan jaringan tersebut dengan meme pukulan golf.

10. Leigh Griffiths

Penyerang Celtic ini diberikan kebenaran untuk berehat dari bola sepak pada Disember 2018 dengan pelbagai isu di luar padang termasuk judi, dadah dan pelbagai pekara tidak bermoral yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemain bola sepak profesional. Jelas sekali kesihatan mental adalah salah satu isu dihadapi oleh Griffiths dan Brendan Rodgers harus berhadapan dengan situasi pemai  ini.

“Kami harus memberikan segala bentu bantuan profesional supaya beliau dapat kembali seperti sebelum ini,” kata Rodgers. Perkara terpenting untuk pengurus ialah keadaan kebajikan pemain. Ia bukan satu kelemahan untuk dibicarakan.”

Namun tempoh rehat itu digunakan oleh Griffiths untuk menghadiri perlumbaan kuda di Newcastle pada ketika yang sama keseluruhan skuad sedang berlatih di Dubai. Perkara itu menjadi isu yang tidak disenangi. Rodgers menegaskan bahawa tempoh rehat diberikan kepada penyerang itu bukannya ‘cuti’ dan mengingatkan beliau mengenai tanggungjawab yang harus pemain itu laksanakan.

Griffiths kembalu ke kelab pada Mac 2019 untuk mendapakan kecergasan sebelum kembali menyertai skuad utama.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

 

Baca juga artikel menari kami yang lain melalui pautan:

5 Perkara Daripada Penaklukan Etihad Oleh United Dalam Derbi Manchester

10 Pemain Terbaik Sepanjang Zaman Yang Pernah Menyarung Jersi No.10 Brazil

10 Pemain Bola Sepak Dengan Rekod Larian Terpantas Dunia

10 Pemain Muda Termahal Di Dunia Untuk Tahun 2020

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN