5 Perkara Daripada Penaklukan Etihad Oleh United Dalam Derbi Manchester

Manchester United Derbi Etihad

Bandar Manchester bertukar merah selepas pertembungan dua pasukan setempat menyaksikan United menumpaskan City 2-0 di Stadium Etihad.

Berikut merupakan lima perkara daripada perlawanan di antara dua pasukan teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung pada awal pagi tadi.

Berakhirnya rekod berpanjangan

Seawal minit pertama lagi mereka telah berjaya mengatur serangan yang menghasilkan sepakan penalti Bruno Fernandes untuk memastikan United mendahului pada awal permainan.

Rekod 21 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan dan 28 perlawanan tanpa kalah akhirnya lebur. Bagaimanapun kekalahan itu tidak menjejaskan peluang City untuk kembali merampas kejuaraan musim ini.

Namun kekalahan dalam derbi setempat tentunya agak memeritkan buat The Citizens. Buat kali pertama pada musim ini, United berjaya menang ke atas pasukan ‘big six’ dan apa yang penting mereka berjaya merapatkan jurang perbezaan mata.

Konsistensi Shaw

Prestasi konsisten Luke Shaw membuatkan Riyad Mahrez seperti ‘dirantai’ dalam perlawanan ini selain kawalan ketat Aaron Wan-Bissaka ke atas Raheem Sterling membuatkan City terpaksa lebih banyak mengatur serangan dari bahagian tengah.

Sekalipun dikatakan bakal menuju jalan keluar dari Old Trafford selepas ketibaan Alex Telles pada awal musim alu, mungkin ia menjadi salah satu faktor kebangkitannya sebagai pemain bek kiri terbaik England.

Aksi cemerlangnya pada separuh masa kedua juga telah menghasilkan gol kedua United menerusia penyudah bola leretnya tepat ke penjuru kanan gawang yang tidak dijangka oleh penjaga gol Ederson.

Walaupun persembahan Dean Henderson dan Anthony Martial juga cemerlang, namun Shaw selayaknya dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Dean Henderson sudah bersedia

Dua perlawanan berturut-turut tanpa bolos seakan-akan memberi petanda bahawa Henderson sudah bersedia sepenuhnya untuk menjadi pilihan utama bagi mengawal gawang United untuk baki perlawanan musim ini.

Gol Shaw juga bermula dengan gerakan yang dicetuskan dari balingan jauh penjaga gol England tersebut. Tahap keyakinannya kini berada di tahap tertinggi dan pastinya membuatkan Solskjaer berada dalam dilema untuk terus mengekalkannya.

Martial perlukan penyudah

Aksi Martial pada perlawanan ini layak menerima pujian terutamanya dalam mendapatkan sepakan penalti pada awal permainan selain gerakan-gerakan yang mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.

Namun sebagai penyerang, apa lagi yang diharapkan oleh penyokong selain dari konsisten menjaringkan gol. Tujuh gol dari 34 perlawanan dalam semua pertandingan terlalu buruk untuk seorang penyerang yang beraksi di salah satu kelab ternama di Eropah.

Rekod tempat lawan United

Entah apa yang berlaku kepada United musim ini, mereka masih belum tewas dalam 15 perlawanan di gelanggang lawan, sebaliknya empat kekalahan pada musim ini semuanya berlaku di Old Trafford.

Mungkin ketiadaan penyokong di stadium menjadi faktor utama. Tetapi Solskjaer perlu memikirkan sesuatu untuk memperbaiki aspek tersebut agar lima baki perlawanan di Old Trafford menjadi ‘lubuk’ untuk mengutip mata semaksimum mungkin.

Berdasarkan kutipan mata semasa, United mempunyai peluang yang cerah untuk menamatkan musim ini di kedudukan empat teratas dan menjamin slot ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim depan.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United dan Manchester City:

5 Sebab Kenapa Manchester United Sudah Boleh Lupakan Kejuaraan EPL Musim Ini

Analisis: Peranan Baharu Ilkay Gundogan Sebagai No.8 Dalam Sistem Hybrid Man City

EPL: Hanya Keajaiban Mampu Menghalang Kejuaraan Manchester City Musim Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN