10 Pemain Muda Termahal Di Dunia Untuk Tahun 2020

Dua pemain Borussia Dortmund, Jadon Sancho dan Erling Haaland, mengetuai senarai pemain muda termahal di dunia untuk tahun 2020 berdasarkan laporan algoritma CIES Football Observatory.

CIES Football Observatory menganggarkan nilai pasaran Sancho ketika ini mencecah hampir €200 juta. Manakala rakan penyerangnya dari Norway bernilai €101 juta.

Badan statistik bola sepak Eropah itu turut memberitahu nilai pasaran Sancho ketika ini telah mencapai puncaknya. Tetapi nilai pasaran Haaland masih mempunyai ruang untuk naik lagi dalam masa beberapa tahun.

Bek kiri Bayern Munich, Alphonso Davies pula merupakan satu-satunya pertahanan yang masuk dalam senarai 10 pemain muda termahal di dunia ketika ini. Beliau berada di kedudukan ketiga termahal.

Melengkapkan senarai lima teratas adalah dua penyerang muda Real Madrid, Rodrygo dan Vinicius Junior.

England pula merupakan negara penghasil bakat muda mahal yang paling prolifik ketika ini. Sebanyak empat pemain negara mereka memasuki senarai 10 pemain muda termahal di dunia untuk tahun 2020 iaitu Sancho, Callum Hudson-Odoi, Mason Greenwood dan Phil Foden.

Pemain tengah Stade Rennais, Eduardo Camavinga pula merupakan pemain paling muda dalam senarai 10 teratas.

Semua pemain dalam senarai ini dilahirkan pada dan selepas tahun 2000. CIES Football Observatory menilai dan mengumpul senarai ini mengikut kaedah saintifik. Untuk mengetahui secara lanjut bagaimana nilai pasaran pemain ini dikira, anda boleh baca di pautan berikut:

(Sila klik) Scientific evaluation of the transfer value of football players (oleh Dr Raffaele Poli, Dr Loïc Ravenel dan Dr Roger Besson)

1. Jadon Sancho (England, Borussia Dortmund)

Tahun lahir: 2000
Kontrak sehingga: 2022
Nilai pasaran: €198.5 juta

2. Erling Haaland (Norway, Borussia Dortmund)

Tahun lahir: 2000
Kontrak sehingga: 2024
Nilai pasaran: €101 juta

3. Alphonso Davies (Kanada, Bayern Munich)

Embed from Getty Images

Tahun lahir: 2000
Kontrak sehingga: 2023
Nilai pasaran: €92.5 juta

4. Rodrygo Goes (Brazil, Real Madrid)

Embed from Getty Images

Tahun lahir: 2001
Kontrak sehingga: 2025
Nilai pasaran: €88.9 juta

5. Vinicius Junior (Brazil, Real Madrid)

Embed from Getty Images

Tahun lahir: 2000
Kontrak sehingga: 2025
Nilai pasaran: €73.9 juta

6. Callum Hudson-Odoi (England, Chelsea)

Embed from Getty Images

Tahun lahir: 2000
Kontrak sehingga: 2024
Nilai pasaran: €72.3 juta

7. Ferran Torres (Sepanyol, Valencia)

Embed from Getty Images

Tahun lahir: 2000
Kontrak sehingga: 2021
Nilai pasaran: €55.2 juta

8. Eduardo Camavinga (Perancis, Stade Rennais)

Embed from Getty Images

Tahun lahir: 2002
Kontrak sehingga: 2022
Nilai pasaran: €53.0 juta

9. Mason Greenwood (England, Manchester United)

Embed from Getty Images

Tahun lahir: 2001
Kontrak sehingga: 2024
Nilai pasaran: €50.6 juta

10. Phil Foden (England, Manchester City)

Embed from Getty Images

Tahun lahir: 2000
Kontrak sehingga: 2024
Nilai pasaran: €50.6 juta

Melengkapkan senarai 20 pemain muda termahal di dunia adalah:

11. Moise Kean (Itali, Everton)

Tahun lahir: 2000
Kontrak sehingga: 2024
Nilai pasaran: €46.0 juta

12. Ozan Kabak (Jerman, Schalke 04)

Tahun lahir: 2000
Kontrak sehingga: 2024
Nilai pasaran: €43.5 juta

13. Ansu Fati (Sepanyol, Barcelona)

Tahun lahir: 2002
Kontrak sehingga: 2024
Nilai pasaran: €42.7 juta

14. Takefusa Kubo (Jepun, Mallorca)

Tahun lahir: 2001
Kontrak sehingga: 2024
Nilai pasaran: €41.2 juta

15. Max Aarons (England, Norwich)

Tahun lahir: 2000
Kontrak sehingga: 2024
Nilai pasaran: €40.4 juta

16. Dejan Kulusevski (Sweden, Parma)

Tahun lahir: 2000
Kontrak sehingga: 2024
Nilai pasaran: €39.6 juta

17. Ryan Sessegnon (England, Tottenham)

Tahun lahir: 2000
Kontrak sehingga: 2025
Nilai pasaran: €38.9 juta

18. Sandro Tonali (Itali, Brescia)

Tahun lahir: 2000
Kontrak sehingga: 2022
Nilai pasaran: €36.9 juta

19. Hamed Traoré (Ivory Coast, Sassuolo)

Tahun lahir: 2000
Kontrak sehingga: 2024
Nilai pasaran: €27.6 juta

20. Benoît Badiashile (Perancis, Monaco)

Tahun lahir: 2001
Kontrak sehingga: 2024
Nilai pasaran: €27.2 juta

Jika anda mencari nama pemain-pemain muda terkenal lain tapi tiada dalam senarai 20 pemain muda temahal, besar kemungkinan mereka berada di kedudukan luar 20 teratas.

Seperti contoh dua pemain Arsenal, William Saliba (€26.7) dan Gabriel Martinelli (€25.2) berada di tangga ke-21 dan ke-22. Pemain Valencia, Lee Kang-in (€21.9) berada di tangga ke-23. Brandon Williams(€13.2) pula di tangga ke-28.

Baca juga artikel kami mengenai pemain muda:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN