Zlatan Ibrahimovic Nasihatkan Pemain Muda Mulakan Karier Di Ajax Amsterdam

Dalam dunia bola sepak, terdapat beberapa pasukan yang dikenali sebagai ‘kilang’ yang menghasilkan ramai pemain berkualiti.

Salah satunya ialah kelab Belanda – Ajax Amsterdam.

Pelbagai pemain yang cukup berkaliberkan oleh kelab ini sejak dari dahulu. Di era moden, kita dapat saksikan seperti Wesley Sneijder dan Luis Suarez dihasilkan oleh pasukan ini.

Oleh kerana itu, pemain Los Angeles Galaxy (LA Galaxy) Zlatan Ibrahimovic menasihatkan agar pemain muda memulakan karier mereka di Ajax Amsterdam.

Beliau yang merupakan graduan akademi kelab Belanda itu menganggap pasukan itu merupakan akademi bola sepak terbaik di dunia.

Menurut sumber Voetbal International, Ibrahimovic mengatakan ianya adalah impian bagi setiap pemain muda untuk ke sana.

“Sebagai pemain muda yang bercita-cita besar, tiada kelab yang lebih baik berbanding Ajax Amsterdam.”

Pada Ibrahimovic, keadaan kelab itu sendiri membuatkan ianya sebuah kelab yang cukup sesuai untuk memulakan karier.

“Cara latihan, falsafah kelab, para pemain yang anda dampingi ketika usia muda; semuanya adalah pada tahap yang cukup tinggi.”

“Saya nasihatkan untuk mana-mana pemain untuk mulakan karier mereka di Ajax Amsterdam.”

MILAN – SEPTEMBER 25: Zlatan Ibrahimovic (Left) of Ajax is tackled by Ivan Cordoba of Inter Milan during the UEFA Champions League Group D match between Inter Milan and Ajax on September 25, 2002 played at the Giuseppe Meazza Stadium in Milan, Italy. Inter Milan won the match 1-0. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Menurut Ibrahimovic, beliau cukup bersyukur kerana Ajax Amsterdam berikan peluang kepada dirinya untuk membesarkan kariernya.

“Saya masih bersyukur diberikan peluang oleh Ajax Amsterdam untuk kembangkan karier saya. Semua ini perlu dilakukan dengan mentaliti yang betul dan belajar dari pemain senior profesional yang lain.”

Ibrahimovic bermain untuk Ajax Amsterdam dari tahun 2001 hingga 2004.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN