V. Ruventhiran: “Tiada Malaysia A Atau B, Cuma Satu Pasukan Sahaja”

V. Ruventhiran

Pemain pertahanan negara, V. Ruventhiran menyatakan tiada Malaysia A atau Malaysia B sebaliknya semua pemain berjuang demi negara tercinta apabila diberi peluang untuk bermain.

“Siapa sahaja dipanggil untuk mewakili Malaysia, kita mesti berikan yang terbaik, hormat antara satu sama lain dan harus percaya kepada pemain tersebut.

“Kita berada di dalam pasukan ini dan melakukan pelbagai perkara bersama-sama dan sudah tentu pemain inginkan kemenangan dalam setiap perlawanan,” ujarnya.

Apa yang diperkatakan oleh pemain muda ini sememangnya tepat kerana peminat tidak seharusnya membandingkan antara satu skuad dengan yang lain.

Sebaliknya siapa sahaja bermain demi lencana di dada maka merekalah yang membawa nama Malaysia.

Kita harus memberi pujian kepada pemain kerana mereka sanggup berjuang demi negara tercinta sebaik sahaja mendapat panggilan tanpa memikirkan sama ada ingin bersama atau sebaliknya.

Isu tersebut timbul apabila ada sesetengah pemain yang dipanggil untuk mewakili Malaysia tetapi memilih untuk menolak panggilan atas sebab-sebab tertentu.

Dalam perlawanan menentang Singapura semalam, Ruventhiran telah mempamerkan aksi terbaik dan membuktikan dirinya layak berada dalam skuad kebangsaan.

Biarpun sebelum ini beraksi di bahagian sayap bersama Petaling Jaya City, namun beliau cepat menyesuaikan diri di posisi baharu ketika berada di bawah kendalian Kim Pan-gon.

“Barisan jurulatih banyak mengajar saya untuk bermain di posisi sekarang ini dan saya berikan kredit kepada mereka mengenai perkara ini.

“Sebagai pemain, saya tidak kisah bermain di posisi sayap ataupun pertahanan,” katanya.

Menurut beliau, setiap pemain harus bersedia untuk bermain di mana-mana posisi kerana kadang-kala jurulatih lebih mengetahui tempat yang sesuai dengan taktikal mereka.

Prestasi Ruventhiran semalam menyumbang kepada kemenangan besar Malaysia ke atas Singapura dengan Harimau Malaya menewaskan musuh tradisi itu dengan jaringan 4-1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN