Piala AFF 2022: ‘Ramuan’ Sabah Dan Selangor Pacu Harimau Malaya Ke Separuh Akhir

Malaysia akhirnya berjaya mengesahkan tempat mereka untuk mengiringi Vietnam ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2022, selepas mereka cemerlang menewaskan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menerusi keputusan penuh 4-1 cukup untuk memastikan Malaysia tidak menghadapi sebarang masalah besar untuk mara ke pusingan separuh akhir menerusi aksi dipamerkan cukup menyakinkan.

Malah, senarai kesebelasan utama yang sebahagian besar diwakili pemain dari Selangor dan Sabah itu berjaya memastikan skuad kendalian Kim Pan-gon tampil dengan sangat garang sejak awal perlawanan berlangsung.

Awal perlawanan menyaksikan Malaysia hampir memperoleh gol pertama mereka, selepas wisel awal ditiupkan menerusi Darren Lok sebelum pertahanan Singapura menyelamatkan keadaan.

Selepas lima minit perlawanan berlangsung, Malaysia jelas tampil menguasai permainan menerusi siri-siri serangan berbahaya yang berjaya diterjemahkan dalam misi untuk mendapatkan gol awal dicari.

Faisal Halim melepaskan satu peluang terbuka untuk mendapatkan gol pertama negara, setelah beliau menerima umpanan cantik daripada Safawi Rasid. Susulan selepas itu menerusi Ruventhiran juga berjaya dihalang dengan baik oleh penjaga gol Singapura iaitu Hassan Sunny.

Sesekali pasukan pelawat juga tampil mencipta beberapa peluang untuk cuba mendapatkan gol, namun disiplin baik ditampilkan oleh pertahanan negara berjaya menafikan segalanya.

Penyerang lincah negara, Faisal Halim terus melepaskan peluang terbaik untuk mendapatkan gol pertama negara setelah sebelum itu beliau berjaya membuat dua percubaan berturut-turut pada minit ke-16 yang tidak dapat disudahkan dengan sempurna.

Memasuki 30 minit perlawanan, kedua pasukan masih lagi terikat tanpa jaringan, dengan Malaysia kekal menguasai permainan bersama beberapa peluang menarik yang dicipta untuk mendapatkan gol pertama mereka.

Malaysia akhirnya memperoleh gol pertama mereka pada minit ke-35 menerusi penyerang utama, Darren Lok yang menerima hantaran lintang cantik daripada Safawi Rasid dari sebelah kanan untuk meletakkan skuad kebangsaan di hadapan.

Pada minit ke-50, Malaysia terus cemerlang mendapatkan gol kedua mereka untuk terus menjarakkan kedudukan semasa, menerusi Stuart John Wilkin yang melepaskan satu rembatan padu dari luar kotak penalti.

Selang tiga minit kemudian, Malaysia terus berpesta gol dengan Stuart Wilkin sekali lagi berjaya meledak jaringan kedua peribadi beliau untuk mengukuhkan terus kedudukan mereka di laman sendiri.

Tuan rumah dilihat memperlahankan sedikit tempo permainan mereka selepas 75 minit aksi berlangsung, dengan para pemain dilihat lebih banyak bertukar hantaran di tengah padang.

Faris Ramli berjaya menjaringkan gol akhirnya but kem pelawat pada minit ke-85, selepas ada kesilapan dibuat oleh pertahanan negara yang membenarkan penyerang itu meraih jaringan tunggal buat Singapura.

Sebelum perlawanan tamat, Malaysia berjaya menambah gol keempat mereka pada minit ke-88 hasil jaringan Sergio Aguero yang berjaya memperdayakan pertahanan pelawat.

Keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dengan Malaysia berjaya memastikan diri mereka layak ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2022 hasil kemenangan besar 4-1 di gelanggang sendiri

Lebih manis, kejayaan ini disaksikan sendiri oleh puluhan ribu para penyokong negara yang membanjiri SNBJ dalam usaha untuk memberi galakan motivasi buat pasukan negara sehingga tamat perlawanan.

 

Kesebelasan utama

Malaysia:Ahmad Syihan Hazmi (Penjaga gol), Quentin Cheng Jiun Ho, Ruventhiran, Sharul Nazeem Bin Zulpakar, Dominic Tan Jun Jin, Mohamad Faisal Bin Abdul Halim, Stuart John Wilkin, Darren Yee Deng Lok, Muhammad Safawi Bin Rasid (Kapten), Muhammad Mukhairi Ajmal Bin Mahadi, Brendan Seng Ling Gan

Singapura: Hassan Sunny (Penjaga gol), Shakir Hamzah, M Anumathan, Song Uiyong, Shahdan Sulaiman, Amy Recha, Hafiz Nor, Hariss Harun (Kapten), Shah Shahiran, Irfan Fendi, Christopher James Van Huizen

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN