Diogo Sertai JDT, Bagaimana Nasib Syafiq Ahmad Musim Ini?

Bekas penyerang lincah BG Pathum, Diogo Luis Santo secara rasminya menyertai kelab gergasi Liga Malaysia musim hadapan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus memperkukuhkan serangan kelab tersebut.

Diogo bukan lagi satu nama asing, selepas beliau pernah menyertai JDT pada beberapa tahun lalu bersama impak yang sangat positif buat kalangan penyokong Liga Malaysia (Liga-M).

Pengesahan itu dibuat sendiri menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers (JST) sebentar tadi dengan mempamerkan video pemain tersebut di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Musim lalu menyaksikan Diogo telah pun beraksi dalam saingan Thai League 1 bersama BG Pathum dan telah mencipta impak tersendiri bersama pasukan tersebut menerusi kelincahan dan ketajaman beliau di hadapan gol.

Bekas penyerang skuad kebangsaan Brazil bawah bawah 20 (B-20) ini bakal berpasangan bersama dua lagi rakan sepasukan beliau di bahagian serangan iaitu Bergson da Silva dan Fernando Forestieri.

Umum diketahui gandingan antara Bergson dan Forestieri merupakan senjata utama yang menjadi sesuatu sangat digeruni oleh mana-mana pertahanan lawan pada musim ini.

Malah, kehadiran Bergson dan Forestieri bersama JDT bukan sahaja memberi impak besar dalam saingan domestik, ianya turut terbukti ketika saingan AFC Champions League (ACL), sehingga melayakkan pasukan tersebut mara ke pusingan 16 terbaik.

Ketika ini menjadi persoalan buat penyerang kebangsaan negara iaitu Syafiq Ahmad yang pastinya akan berdepan suatu lagi cabaran hebat buat dirinya pada musim hadapan untuk  bersaing merebut tempat.

Tiga gandingan penyerang import tersebut pastinya akan terus membataskan Syafiq untuk mendapatkan minit permainan, sekiranya beliau tidak terus bekerja keras dalam sesi latihan.

Tambahan pula, kedudukan Syafiq bersama skuad kebangsaan untuk beberapa kejohanan atau aksi persahabatan negara juga mungkin akan terbatas, jika beliau gagal memberi impak bersama pasukan.

Apapun, ini merupakan sesuatu yang bagus untuk Syafiq jika dilihat secara positif situasi terkini dalam senarai pemain JDT musim hadapan.

Ia akan terus menjadikan Syafiq untuk tidak terus berasa selesa bersama JDT dan sikap berusaha akan terus ditanam dalam diri pemain tersebut untuk terus mengeluarkan segala potensi diri jika ingin kekal relevan.

Apapun, JDT terus tampil selaku salah sati pasukan yang sangat bersedia untuk saingan musim hadapan menerusi pelan yang dibuat mereka lebih awal untuk menandatangani pemain baharu.

Persoalannnya kini, siapa pemain baharu JDT yang akan diumumkan kelak pada musim hadapan dalam masa terdekat ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN