Pada Usia 39 Tahun, Ledakan Morten Gamst Pedersen Masih Berbisa

Morten Gamst Pedersen

Andai menyebut nama Morten Gamst Pedersen, sudah pasti dua jaringannya ketika membantu Blackburn Rovers menumpaskan Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2005/06 di Old Trafford akan bermain di minda para peminat liga paling popular dunia itu.

Sepakan percuma menarik pada separuh masa pertama dan ledakan menerusi rembatan kaki kiri berikutan kelalaian Paul Scholes dalam kawasan penalti ketika permainan hanya berbaki sembilan minit telah meleburkan rekod tanpa kalah Manchester United selepas mengharungi enam perlawanan.

Kini selepas hampir 15 tahun kenangan manis buat penyokong Blackburn itu berlalu, mungkin ramai yang beranggapan bahawa pemain kelahiran Vadso, Norway tersebut sedang menjawat tugasan selaku pengurus di mana-mana pasukan.

Bagi yang memikirkan sedemikian rupa, anda ternyata salah kerana beliau pada ketika ini masih lagi aktif beraksi apabila menyarung jersi kelab divisyen 3 Norway, Alta IF.

Pada usianya yang genap mencecah 39 tahun semalam, Gamst Pedersen masih mampu memainkan peranan penting buat pasukan diwakilinya apabila beliau berjaya menjaringkan lima gol dalam lapan penampilannya musim ini [liga baru berlangsung sembilan perlawanan].

Lebih menarik, beliau meledakkan dua jaringan menerusi sepakan percuma ketika membantu Alta IF menumpakan FK Senja pada aksi keenam yang berlangsung pada 15 Ogos lalu.

Walaupun beliau mempunyai lesen kejurulatihan, Pedersen yang pernah beraksi bersama Blackburn Rovers selama sembilan musim itu merasakan dirinya masih mampu untuk beraksi dengan baik.

”Saya masih cergas dan sihat. Saya katakan bahawa saya mampu untuk beraksi sehingga usia 40 tahun, dan kemudian kita akan melihatnya bagaimana.”

”Saya berasa cukup istimewa dapat bermain permainan yang saya sayangi. Mengapa tidak melakukannya sehingga yang anda mampu?”

”Karier bola sepak begitu pendek jadi saya hanya mahu menikmati saat ini. Saya tidak bermain kerana wang ringgit.”

”Saya hanya bermain kerana begitu menyayangi permainan ini,” ujar Morten Gamst Pedersen menurut laporan Sport Bible.

Kredit featured image: Alta IF Football

Baca juga artikel lain dari kami mengenai saingan EPL:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN