Aksi Mason Greenwood ketika menentang West Ham United merupakan penampilan ke-50 buat Manchester United di peringkat senior. Statistik tersebut tentulah sesuatu yang agak luar biasa buat seorang pemain yang baru berusia 18 tahun.
Membuat debut sebagai pemain gantian ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) berdepan Paris Saint-Germain musim lepas, pemain muda England itu tidaklagi menoleh ke belakang dalam menghidupkan impiannya untuk menjadi bintang utama di Old Trafford.
Jaringan penyamaannya dalam perlawanan menentang West Ham merupakan gol ke-17 musim ini dalam semua pertandingan. Kredit seharusnya diberikan kepada pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer yang memberikan kepercayaan dan peluang kepadanya untuk membuktikan keupayaan di pentas tertinggi.
Sejak beraksi di akademi lagi, Solskjaer percaya Greenwood mempunyai ciri-ciri seorang penyerang berkelas dunia dan ramalannya ternyata benar selepas pemain tersebut tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menggegarkan dunia bola sepak.
Most goals scored by a teenager in a single season for Man United:
— ESPN FC (@ESPNFC) July 22, 2020
Mason Greenwood – 17
Wayne Rooney – 17
George Best – 17
Brian Kidd – 17
Another star ⭐️ pic.twitter.com/NefME95EK1
Bagaimanapun, ada satu kebimbangan mengenai perkembangan Greenwood yang dianggap terlalu pantas dan United perlu berhati-hati supaya pemain itu tidak ‘tergelincir dan jatuh’ ketika sedang meniti tangga kemasyhuran seperti mana yang pernah berlaku kepada beberapa pemain lain sebelum ini.
Peminat bola sepak tentu masih ingat dengan Adnan Januzaj, Danny Welbeck, Federico Macheda dan James Wilson yang begitu menyerlah di peringkat awal kemunculan atau di musim pertama di peringkat senior, tetapi kemudiannya ‘hilang ditelan arus’ tidak lama kemudian.
Mungkin ada segelintir pihak yang berpendapat kehadiran Jadon Sancho akan membantutkan perkembangan Greenwood memandangkan kedua-dua pemain tersebut beraksi di posisi yang sama, tetapi pandangan lain pula mengatakan sebaliknya.
https://twitter.com/goalontap/status/1284375573620375552?s=20
Karier Greenwood yang memuncak pada musim pertamanya perlu ‘dilindingi’ supaya beliau tidak tertekan dengan harapan dan jangkaan orang ramai sehingga menimbulkan risiko menjadi subjek kritikan dan kutukan sekiranya tidak beraksi seperti yang diharapkan.
Walaupun menjadi perkara normal untuk seorang pemain muda untuk melakukan kesilapan memandangkan mereka masih dalam proses pembelajaran, segelintir penyokong tidak pedulu dengan perkara itu kerana mereka hanya mahu yang terbaik daripada pemain.
Dengan adanya Sancho bersama pasukan, beban yang dipikul oleh pemain yang masih ‘mentah’ seperti Greenwood tentu sangat membantu dan Solskjaer sudah tentu menjadi jurulatih paling gembira kerana mempunyai barisan pemain serangan yang cukup lengkap.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Mason Greenwood: