Nicolo Zaniolo Jadi Rebutan Manchester United, Spurs

Zaniolo Manchester United

Pemain muda AS Roma, Nicolo Zaniolo kini menjadi rebutan antara Manchester United dan Tottenham Hotspur walaupun baru sahaja pulih dari kecederaan lutut yang serius.

Berusia 21 tahun, beliau kini telah dilabel sebagai prospek masa hadapan Itali selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama pasukannya.

Menyertai Roma pada Jun 2018 sebagai sebahagian daripada perjanjian perpindahan Radja Nainggolan ke Inter. Zaniolo melengkapkan prosedur ujian perubatan dan menandatangani kontrak selama limta tahun dengan nilai €4.5 juta.

Musim pertamanya di Stadio Olympico menyaksikan beliau menjaringkan enam gol daripada 36 perlawanan dalam semua pertandingan. Musim ini pula, walaupun diketepikan hampir tujuh bulan, beliau berupaya menyumbang lapan gol.

Spurs pada awal musim ini ada memberikan tawaran £30 juta untuk membawa pemain muda itu ke London, namun ditolak serta merta oleh Roma yang menganggap tawaran itu ‘terlalu rendah’.

United pula mahu mengukuhkan bahagian tengah selepas kehadiran Bruno Fernandes telah memberikan impak luar biasa di Old Trafford. Penambahan Zaniolo tentunya memberikan pilihan yang baik untuk Solskjaer dalam setiap perlawanan.

Tidak terkecuali, dua kelab gergasi Itali, Juventus dan Inter Milan juga telah menunjukkan minat yang tinggi untuk mendapatkan Zaniolo dengan mengikuti rapat perkembangan pemain tengah serba boleh itu.

Kini Roma dilaporkan bersedia untuk menawarkan Zaniolo tambahan setahun lagi untuk kontrak sedia ada yang sepatutnya tamat pada 2024 dan penguru, Paulo Fonseca bertegas pemain itu bukan untuk dijual kerana pemain itu merupakan kunci utama kepada projeknya.

Zaniolo juga telah memberikan komitmennya untuk terus kekal di Roma sekurang-kurangnya untuk setahun lagi bagi mengembalikan prestasi terbaiknya selepas pulih dari kecederaan yang dialami sebelum ini.

Zaniolo tenyata bernasib baik apabila kejohanan EURO2020 telah ditangguh ke tahun hadapan bagi memberi peluang untuknya bersama skuad kebangsaan Itali.

Beliau telah mengumpul lima kaps di peringkat antarabangsa dan telah menjaringkan dua gol untuk negaranya.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Zaniolo:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN