Nicolo Zaniolo: Trequartista Itali Jelmaan Totti

Nicolo Zaniolo

Apabila Nicolo Zaniolo dilanda kecederaan lutut yang serius semasa pasukannya menentang Juventus pada pertengahan Januari lalu, impian pemain muda sensasi itu untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Itali dalam kejuaraan Euro 2020 seakan-akan bakal terkubur.

Kecederaan ACL (ligamen anterior cruciate) sudah tentu memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan untuk seseorang pemain itu sembuh dan cergas sepenuhnya dan memerlukan beberapa bulan lagi untuk kembali ke prestasi terbaik.

Namun demikian, ekoran pandemik wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini telah menyebabkan kejohanan terbesar Eropah itu ditunda ke tahun 2021 dan ianya mungkin satu rahmat buat pemain berusia 21 tahun itu.

Dilahirkan di Massa, sebuah pekan di dalam wilayah Tuscany, bakatnya semasa kanak-kanak dan remaja dibentuk oleh sistem akademi Fiorentina. Namun pada pertengahan 2016 beliau telah dilepaskan oleh kelab tersebut dan kemudiannya menyertai sebuah kelab yang tidak ternama, Virtus Entella.

Bersama kelab tersebut, Zaniolo bermain untuk skuad remaja dalam liga Primavera (seperti Piala Presiden di Malaysia) dan kemudiannya diberi peluang untuk membuat debut profesionalnya dalam Serie B pada 11 Mac 2017 ketika berusia 17 tahun.

Pada Julai 2017, Inter Milan mengumumkan mereka telah menandatangani Zaniolo dengan nilai €1.8 juta dengan tambahan €1.7 juta sebagai bonus tambahan. Beliau beraksi dalam Primavera untuk musim 2017/18 dan menamatkan saingan selaku penjaring terbanyak pasukannya dengan 13 gol dan menjuarai kejohanan tersebut.

Beliau beraksi buat kali pertama dalam skuad utama ketika perlawanan persahabatan pra-musim pada 9 Julai 2017, bagaimanapun Zaniolo tidak pernah membuat sebarang penampilan dalam mana-mana perlawanan kompetitif.

Pada Jun 2018, dua pemain Inter, Zaniolo dan Santon telah menyertai Roma sebagai sebahagian daripada perjanjian perpindahan Radja Nainggolan ke Inter. Zaniolo melengkapkan prosedur ujian perubatan pada 25 Jun dan menandatangani kontrak selama limta tahun dengan nilai €4.5 juta.

Bersama skuad bawah 19 tahun (B-19) Itali, Zaniolo menyertai Kejohanan Eropah B-19 2018 dan membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir sebelu tewas 4-3 kepada Portugal.

Pada 1 September 2018, beliau telah menirima pangggilan utuk bersama skuad senior Itali buat kali pertama oleh Roberto Mancini sekalipun belum pernah membuat sebarang penampilan Serie A.

Penampilan pertamanya untuk Roma adalah dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Real Madrid pada 19 September 2018 dan pada bulan yang sama beliau beraksi buat kali pertama dalam Serie A ketika berusia 19 tahun.

Bermula dari itu, Zaniolo tidak mahu lagi memandang ke belakang dan terus menjadi pemain penting dalam skuad Giallorossi. Sikap dan personalitinya di atas padang menjadikannya seperti ‘jantung’ pasukan dalam memastikan setiap serangan diatur dan direncakan dengan baik.

Zaniolo akhirnya berjaya beraksi untuk Itali buat kali pertama pada 23 Mac 2019 dengan masuk sebagai pemain gantian ketika perlawanan pusingan kelayakan Euro 2020 menentang Finland dan menjaringkan gol dalam kemenangan besar 9-1 ke tas Armenia pada November 2019.

Dengan ketinggian 1.9 meter, Zaniolo ternyata mempunyai kelebihan dari sudut fizikal untuk menjadi pemain yang mempunyai ketahanan yang kuat dan juga mempunyai kepantasan. Malah beliau juga mahir menggelecek dan kreatif serta boleh beraksi di pelbagai posisi di bahagian tengah.

Beliau sering digunakan oleh jurulatih untuk beroperasi sebagai trequartista iaitu pemain tengah yang lebih fokus kepada menyerang atau attacking-minded. Malah beliau juga mampu berfungsi sebagai pemain tengah ‘box-to-box’ dan juga perancang tengah dengan peranan pemain di posisi nombor 6.

Ketika ditanya adakah beliau tertekan apabila sering dipanggil ‘jelmaan Totti’, Zaniolo menjawab satu-satunya cara untuk berdepan dengan jangkaan orang ramai itu adalah dengan bekerja keras dan mempamerkan persembahan terbaik setiap kali diberi peluang untuk beraksi.

“Saya tidak boleh terlalu teruja dengan apa yang orang lain katakan. Saya bukan Totti, tetapi saya berharap satu hari nanti saya akan menjadi sehabat dirinya.

“Idola saya yang sebenarnya adalah Kaka terutamanya ketika beliau beraksi bersama AC Milan dan Brazil. Saya banyak menonton cara permainannya,” katanya ketika ditemubual Guardian.

https://twitter.com/IFTVofficial/status/1243860064454291461?s=20

“Pada saya beliau adalah pemain tengah menyerang yang cukup sempurna, gagah, teknikal yang sempurna dan berupaya meledak gol dan membantu jaringan. Saya kerap menonton videonya untuk mengkaji gayanya beraksi dan mengaplikasikan elemen tersebut dalam permainan.”

Diharapkan Zaniolo akan kembali cergas dan mengejar impiannya untuk menjadi seorang pemain terbaik dunia seterusnya dapat membantu Itali kembali menjulang Piala Dunia pada satu hari nanti.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Nicolo Zaniolo dan AS Roma:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN