Takefusa Kubo Tekad Kerja Keras Untuk Dapatkan Tempat Di Real Madrid

Takefusa Kubo

Pemain muda berbakat besar, Takefusa Kubo bertekad untuk terus bekerja keras dalam memastikan beliau mendapat tempat dalam skuad utama Real Madrid bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Pada 14 Jun 2019, Kubo telah mencuri perhatian kancah bola sepak dunia selepas beliau menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab juara 13 kali saingan Liga Juara-Juara Eropah itu.

Dengan usia yang masih terlalu muda, kelibat Kubo masih belum mampu untuk meyakinkan pengendali pasukan, Zinedine Zidane dan menyaksikan beliau dipinjamkan ke satu lagi kelab La Liga, Real Mallorca.

”Sungguh jelas kelab seperti Real Madrid tidak seperti pasukan lain.”

”Semua pemain yang adalah di sana sangat berkualiti tinggi dan sangat sukar untuk mendapat tempat di sana, tetapi saya akan terus bekerja keras dan menantikan peluang tersebut,” ujar Kubo menurut laporan dikeluarkan Goal.

Embed from Getty Images

”Pilihan saya juga amat jelas, untuk bermain di Santiago Bernabeu dengan memakai jersi Real Madrid. Semuanya bergantung pada saya dan saya akan mendapatkan tempat di Real Madrid.”

”Pada ketika ini saya berada di Mallorca untuk memberikan yang terbaik dan membuktikan bahawa saya boleh untuk berada di sini.” ujar pemain kelahiran Kawasaki, Jepun itu lagi.

Kariernya di Mallorca berada di landasan yang tepat setelah Takefusa Kubo seringkali mendapat perhatian Vincente Moreno [Pengurus Mallorca] dengan meletakannya sebagai pemain kesebelasan utama pada 13 perlawanan manakala 11 aksi lagi dimasukkan sebagai pemain gantian.

Sepanjang 24 penampilan dalam kempen La Liga, pemain berusia 18 tahun itu telah berjaya menjaringkan tiga gol iaitu masing-masing satu jaringan ketika bertemu Valladolid, Real Betis dan Getafe.

Kredit foto: Quality Sport Images/Getty Images

Baca artikel yang lain dari kami mengenai Real Madrid:

Leave a Reply