Undian UCL 2018/2019: Kerana Benfica, Liverpool Duduk Dalam Balang Nombor 3

Liverpool dijangka akan mengharungi musim yang sukar pada saingan UEFA Champions League (UCL) untuk musim ini.

Hal ini kerana, mereka kini diletakkan dalam balang ketiga atau Pot 3 untuk undian peringkat kumpulan kejohanan tersebut.

Menurut laman Sky Sports, situasi itu terjadi kerana kemenangan Benfica dalam peringkat play-off kejohanan tersebut.

Hasil dari kemenangan itu, Benfica layak ke peringkat kumpulan dan menduduki balang kedua untuk undian peringkat kumpulan.

LISBON, PORTUGAL – AUGUST 07:during the match between SL Benfica and Fenerbache SK for UEFA Champions League Qualifier at Estadio da Luz on August 7, 2018 in Lisbon, Portugal. (Photo by Carlos Rodrigues/Getty Images)

Situasi ini berlaku kerana Liverpool kekurangan mata untuk duduk di balang kedua untuk undian.

Mereka hanya mengumpul 62.000 sahaja, kurang 2.000 dari pasukan Itali iaitu AS Roma yang 64.000 mata.

Maka dengan ini, Liverpool mempunyai potensi besar untuk berhadapan dengan pasukan-pasukan utama Eropah dalam kumpulan yang sama yang menduduki balang pertama dan kedua.

Karius
KIEV, UKRAINE – MAY 26: Loris Karius of Liverpool looks dejected after letting his sides third goal in during the UEFA Champions League Final between Real Madrid and Liverpool at NSC Olimpiyskiy Stadium on May 26, 2018 in Kiev, Ukraine. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Berikut merupakan kedudukan balang-balang undian peringkat kumpulan UCL dan pasukan yang menghuninya:

Balang 1

  • Real Madrid (pemenang UCL)
  • Atletico Madrid (pemenang Europa League)
  • Barcelona (juara La Liga)
  • Bayern Munich (juara Bundesliga)
  • Manchester City (juara Premier League)
  • Juventus (juara Serie A)
  • Paris Saint-Germain (juara Ligue 1)
  • Lokomotiv Moscow (juara Russian Premier League)

Balang 2

  • Borussia Dortmund
  • FC Porto
  • Manchester United
  • Shakthar Donetsk
  • Benfica
  • Napoli
  • Tottenham Hotspur
  • AS Roma

Balang 3

  • Liverpool
  • Schalke 04
  • Olympique Lyonnais
  • AS Monaco
  • Ajax Amsterdam
  • CSKA Moscow
  • Valencia
  • PSV Eindhoven

Balang 4

  • Viktoria Plzen
  • Club Brugge
  • Galatasaray
  • Young Boys
  • Internazionale
  • Hoffenheim
  • Red Star Belgrade
  • AEK Athens

Pasukan mana yang akan menduduki kumpulan maut? Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN