Giggs Yakin Bale Boleh Isi Kekosongan Ditinggalkan Ronaldo Di Real Madrid

Gareth Bale

Pemergian Cristiano Ronaldo dari Real Madrid ke Juventus pada awal musim ini telah memberikan kesan yang besar kepada kelab Sepanyol itu.

Sering kali bermain di fikiran ramai orang, siapakah yang akan menggantikan pemain itu?

Ada spekulasi mengaitkan dengan pemain itu dan ini untuk menggantikan Ronaldo, namun pengurus Julen Lopetegui lebih memilih untuk terus percaya kepada Gareth Bale.

Menurut laporan Sky Sports, pengurus Wales iaitu Ryan Giggs mengakui Bale mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ronaldo di Real Madrid.

Hal ini kerana menurut Giggs, Bale sudah mempunyai pengalaman yang cukup untuk menggalas tugas yang diberikan oleh Lopetegui.

“Ia satu kekosongan yang besar tetapi Gareth Bale sudah punya pengalaman berada di kelab Real Madrid untuk masa yang lama.”

“Cukup ketara apabila pemain seperti Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab, tumpuan pasti terarah kepada siapa yang akan menjadi pengancam kepada gol pihak lawan nanti.”

Kata Giggs lagi, Bale merupakan seorang pemain yang boleh beraksi dalam perlawanan-perlawanan penting.

Malah, pemain itu telah menunjukkan beliau kalis kepada tekanan kerana Bale telah respon kepada tekanan dengan baik.

MADRID, SPAIN – AUGUST 19: Gareth Bale of Real Madrid celebrates after scoring his teams second goal during the La Liga match between Real Madrid CF and Getafe CF at Estadio Santiago Bernabeu on August 19, 2018 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

“Tahun ini sedikit berbeza kerana Ronaldo sudah tidak bersama lagi dengan mereka. Fokus pun kini terarah kepada pengganti yang boleh menjaringkan gol untuk pasukan.”

“Setiap tahun ada saja tekanan untuk Bale namun beliau memberikan respon kepada tekanan itu dengan baik sekali.”

“Beliau telah membuktikan dalam perlawanan-perlawanan besar, beliau boleh hadapi semuanya yang dilemparkan kepada beliau.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN