Unai Emery: Tindakan Xhaka Itu Salah

Pengurus Arsenal, Unai Emery mengakui Granit Xhaka bersalah selepas memberikan reaksi marah dan memperolok penyokong pasukannya yang mengebu kapten tersebut sewaktu digantikan dalam perlawanan menentang Crystal Palace.

Dengan Arsenal kemenangan Arsenal dinafikan oleh kontroversi keputusan VAR, perlawanan yang berakhir seri 2-2 selepas Crystal Palace bangkit dari ketinggalan dua gol itu turut dicemari oleh tindakan Xhaka.

Apabila ditanya sama ada Xhaka akan kekal selaku ketua pasukan, Emery menjawab: “Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk bercakap mengenainya.”

Dengan imej Xhaka yang tidak begitu baik dalam kalangan penyokong The Gunners, tindakan menggantikan pemain berusia 27 tahun itu telah disambut meriah oleh penonton di Stadium Emirates.

Pemain tengah itu kemudian memberi respon dengan mengangkat-angkat tangannya kononnya supaya penyokong menyorak dengan lebih kuat. Selepas penyokong mengebunya, Xhaka menghangatkan lagi suasana dengan meletakkan tangan di telinganya.

Sejurus keluar dari padang, pemain Switzerland itu tidak bersalaman dengan pengurusnya dan enggan duduk di bangku pemai simpanan. Beliau kemudian menanggalkan bajunya lalu terus menuju ke terowong.

Ini bukanlah kali pertama Xhaka diejek penyokong sendiri pada musim ini. Bulan lepas Emery juga terpaksa mempertahankan pemain itu ketika Arsenal menentang Aston Villa.

“Tindakannya salah, kami perlu bertenang dan bercakap dengannya secara peribadi mengenai perkara berkenaan,” kata Emery selepas perlawanan.

“Kita semua bekerja bersama kelab besar dan semua pemain beraksi di bawah tekanan yang tinggi. Kami akan bercakap dengannya kerana reaksinya itu ternyata salah.

“Kita ada di sini kerana penyokong. Kita beraksi di atas padang untuk mereka dan kita perlu hormati mereka tidak kira sewaktu mereka memuji ataupun mengkritik corak permainan yang kita tampilkan.

Penyokong Arsenal jelas tidak menggemari keputusan Unai Emery memilih Xhaka sebagai kapten selepas Laurent Koscielny meninggalkan kelab London itu pada musim panas lepas.

Unai Emery selepas itu membuat ‘pilihan raya’ untuk memilih kapten dengan diundi oleh semua pemain Arsenal dan Emery mendakwa keputusannya dimenangi oleh Xhaka.

Leave a Reply