Liga M3: Kelantan United Muncul Juara, Naik Pangkat Liga Premier 2020

Kelantan United sah layak ke Liga Premier 2929 selepas muncul juara Liga M3.

Wakil dari Kelantan itu mengesahkan kejuaraan selepas menewaskan Glory United FC dari Kedah, dengan jaringan 5-0 di Stadium LADA, Langkawi pada malam tadi.

Kemenangan tersebut bermaksud Kelantan United telah mengumpul 65 mata, berkelebihan 12 mata berbanding pencabar terdekat, Kuching FA selepas 25 perlawanan.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN MINGGU 25 LIGA M3 2019

#AFL
#LigaM32019

Posted by Amateur Football League on Sunday, October 27, 2019

Alfusainey Gassama muncul wira pasukan Kelantan United setelah meledak empat gol, masing-masing pada minit ke-14, 27, 76 dan minit ke-86 perlawanan.

Satu lagi gol Kelantan United dijaringkan oleh Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi pada minit ke-52.

KEDUDUKAN TERKINI MINGGU 25 LIGA M3 2019

Kejayaan Kelantan United FC menewaskan Glory United FC malam ini sekaligus…

Posted by Amateur Football League on Sunday, October 27, 2019

Kejayaan Kelantan United bermakna ianya hampir pasti untuk Kuching FA berhadapan dengan wakil Liga Premier, Sarawak FA dalam perlawanan play-off untuk merebut tempat ke Liga Premier pada musim depan.

Sarawak FA mengakhiri saingan Liga Premier 2019 di tangga tercorot selepas Perlis disingkirkan pada awal kempen musim ini.

Kejayaan Kelantan United juga bermakna negeri dari pantai timur itu mempunyai dua wakil di saingan Liga Premier pada musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN