Quantcast

BERITA

Unai Emery: “Lupakan 3 Teratas, Arsenal Fokus Untuk Kejar Man. United Dan Chelsea”

Unai Emery memberikan ramalan beliau tentang nasib Arsenal musim ini. Menurut Emery, 3 teratas adalah sudah tertutup untuk Arsenal.

Paling menarik Emery secara tak langsung meramalkan Chelsea Man. United dan Arsenal akan berebut kedudukan tangga ke-4, 5. dan 6.

Ini kerana Unai Emery memberitahu: “Kami sudah tidak mampu untuk berada 3 tertas. Namun paling teruk kedudukan kami adalah di tangga ke-6 di belakang Chelsea dan Manchester United.”

Emery juga berpandangan Arsenal selayaknya berada di tangga ke-6 untuk saat ini.

Menurut Unai Emery, Arsenal harus menerima hakikat 5 pasukan di atas mereka ketika ini adalah lebih baik. Unai Emery tidak dapat menguatkan skuad beliau pada Januari. Hanya dapat melakukan Denise Suarez secara pinjaman.

Sekaligus Unai Emery memberikan gambaran, Arsenal tidak akan bermain di UCL sekali lagi pada musim hadapan.

“Ada beberapa pasukan lebih baik daripada kami. Adakah kami bukan pasukan pilihan untuk 4 teratas buat masa ini? Ya, kami sekarang di tangga ke-6. Itulah hakikatnya.”

“Namun kami masih percaya akan dapat menamatkan saingan di tangga ke-4 walaupun ianya agak sukar untuk kami.”

“Ada perbezaan kualiti yang ketara di antara 3 teratas [Liverpool , Manchester City , dan Tottenham ] degan kami. Namun kami tak jauh bezanya dengan Chelsea dan Man. United.”

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 19: Unai Emery, Manager of Arsenal speaks with Mauricio Pochettino, Manager of Tottenham Hotspur prior to the Carabao Cup Quarter Final match between Arsenal and Tottenham Hotspur at Emirates Stadium on December 19, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Alex Morton/Getty Images)

“Jarak kami dengan tempat ke-3 sangat jauh, namun dengan 2 pasukan yang lagi itu? Ada kemungkinan kami akan kejar mereka. Ini kerana kami hanya 3 mata di belakang Chelsea dan 1 mata di belakang Man. United. Kami masih percaya kami dapat melakukannya.”

Jika Arsenal gagal menamatkan saingan di 4 teratas. Mereka masih ada talian hayat menerusi UEL. Di mana Unai Emery dianggap pakar dalam kejohanan itu. Jika Arsenal menjuarai Europa League, mereka boleh menggunakannya sebagai tiket ke UCL.

Arsenal sekali lagi menjadi pelawat yang tidak begitu bagus. Mereka hanya menang 4 daripada 13 perlawanan di tempat lawan dalam saingan EPL musim ini.