Quantcast

LIGA MALAYSIA

Amizal: “Para Pemain Perlis Bersatu, Tak Seorang Pun Nyatakan Hasrat Mahu Angkat Kaki”

Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) – Datuk Amizal Shaifit membidas dakwaan beberapa pihak yang mengaitkan para pemain Perlis mahu angkat kaki ke pasukan lain. Hal ini kerana isu tunggakan gaji yang melanda.

Semalam Perlis menang 3-0 ke atas UiTM FC dalam keadaan pemain menikmati perlawanan. Amizal menyatakan bilik persalinan Perlis ketika ini sangat harmorni dan pihak PFA sedang berusaha menyelesaikan masalah tunggakan gaji para pemain.

Beliau berkata kepada Bernama: “Setakat ini tiada mana-mana pemain kami yang menyuarakan hasrat untuk meninggalkan pasukan ini.”

“Keadaan pasukan sangat harmoni. 30 pemain kami bersatu hati dengan pasukan ini, dan kami akan mahu melakukan yang terbaik untuk pasukan Perlis.”

FOTO: Northern Lions Perlis

Amizal ditanya tentang tindakan PFA ke atas beberapa gambar yang tular memaparkan beberapa pemain Perlis yang dikaitkan dengan pertemuan dengan pasukan lain. Amizal menyatakan beliau buat masa ini tidak terfikir untuk mengambil tindakan kerana masih percayakan para pemain Perlis.

Amizal Shaifit memberikan amaran kepada semua pihak agar berhenti menyebarkan spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Beliau menyatakan PFA memerlukan ruang secukupnya untuk menyelesaikan segala masalah yang melanda.

Penjaring gol Perlis dalam aksi menentang UiTM, Khyril Muhymeen berharap pengurusan PFA segera mencari penyelesaian terutama sekali sokongan dana. Ini kerana Khyril percaya pasukan Perlis yang ada mempunyai kualiti yang sangat baik – dan seharusnya PFA berusaha mengekalkan kesemua pemain yang da.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!