Unai Emery Didenda Kerana Menendang Botol Air Ke Arah Penonton

Gara-gara kerana menendang botol air ke arah penyokong Brighton, pengurus Arsenal, Unai Emery didenda dan dikehendaki membayar £8,000 (RM42,000) semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris.

Kejadian itu berlaku pada 26 Disember lalu ketika pasukannya seri dengan Brighton.

“Unai Emery didenda £8,000 selepas beliau mengaku bersalah terhadap dakwaan salah laku FA dan menerima hukuman standard,” kata badan induk bola sepak Inggeris itu dalam satu kenyataan.

FA mengumumkan Khamis lalu pengendali dari Sepanyol itu dituduh terhadap insiden itu yang berlaku selepas tamat aksi Liga Perdana Inggeris apabila Gunners seri 1-1 di pantai selatan sekalipun Emery sendiri berharap permohonan maafnya kepada penyokong tuan rumah cukup untuk menyaksikannya terlepas hukuman itu.

Namun, bekas pengurus Paris Saint Germain (PSG) itu sedia membuat permohonan maaf kepada penyokong Brighton tersebut kerana beliau tidak sengaja.

“Tapi saya perlu menghormati keputusan kerana ia akibat daripada tindakan saya cuma hakikatnya saya tidak berniat untuk melakukannya terhadap penyokong. Saya meminta maaf kepada mereka.”

Emery bagaimanapun terlepas hukuman tidak berada di tepi padang dan bebas mengendalikan pasukan apabila Fulham berkunjung ke Emirates malam ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN