Adrien Rabiot Anggap Tottenham Hotspur Sebagai ‘Not My Level’

Pemain yang sedang disisihkan oleh PSG – Adrien Rabiot – sedang mengintai untuk menyertai kelab besar sama ada pada Januari ini ataupun musim hadapan.

Beliau kini bergelar ejen bebas dan boleh berbincang dengan mana-mana pasukan untuk perpindahan pada musim panas nanti. Namun jika beliau mahu menyertai kelab pada Januari 2019, kelab tersebut harus membayar yuran perpindahan.

Rabiot mendapat perhatian banyak kelab termasuk Tottenham Hotspur. Namun begitu, ESPN melaporkan Adrien Rabiot memberitahu ejen beliau untuk tidak sesekali membuang masa mempertimbangkan tawaran Spurs.

Ini kerana Rabiot merasakan bahawa Spurs tidak setaraf dengan beliau. Rabiot melabel taraf Spurs lebih rendah untuk pemain seperti beliau.

Rabiot mengiktiraf dirinya sebagai salah seorang pemain elit yang berhak bermain dengan pasukan besar bukannya Spurs.

Laporan di Perancis mingggu lalu menyatakan Rabiot sudah memilih untuk menyertai Barcelona. PSG mendakwa ada unsur-unsur tapping-up serta perlanggaran dalam perbincangan itu; Barcelona didakwa berbincang dengan pihak Rabiot sebelum 1 Januari 2019.

Hal itu kemudiannya dinafikan Barcelona yang menyatakan kelab itu sentiasa menyokong prinsip fairplay dan mahu bersih dalam segala urusan perpindahan pemain.

Rabiot sememangnya pemain yang berkualiti. Namun etika dan disiplin beliau kerapkali menjadi isu kepada pemain ini. Beliau sebelum ini sudah beberapa kali didenda oleh PSG kerana masalah disiplin.

Beliau juga secara terang-terangan mengkritik Didier Deschamps yang tidak memilih beliau ketika kempen Piala Dunia 2018. Lebih teruk beliau enggan diletakkan di dalam senarai simpanan ataupun senarai menunggu.

Walaubagaimanapun, penyokong PSG sayang kepada Rabiot kerana pemain itu bersama dengan kelab itu sejak remaja lagi. Kini Thomas Tuchel dalam proses mencari pemain tengah untuk menggantikan Rabiot.

Rabiot dibekukan daripada pasukan utama selepas memberikan komen terbuka beliau mahu meninggalkan PSG. Ia adalah respon beliau ketika itu ditawarkan kontrak baharu di PSG. Rabiot menolaknya.

PSG kecewa dengan kenyataan itu dan mengarahkan Tuchel membekukan Rabiot daripada pasukan utama.

Tottenham kini dalam persaingan untuk kejuaraan EPL, dan mereka pastinya mahukan pemain seperti Rabiot untuk menguatkan pasukan mereka kerana nilai perpindahan yang pastinya lebih rendah. Ini kerana pasukan di Utara London itu sedang berjimat dalam usaha mereka fokus kepada penyiapan stadiuam baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN