RASMI: Samir Nasir Kembali Beraksi Dengan Sertai West Ham United

Lama sudah kita tidak dengar nama Samir Nasri bukan?

Jika anda sudah mula lupa akan nama pemain ini, beliau kini kembali dalam kancah bola sepak!

Bekas pemain kebangsaan Perancis itu kembali beraksi dengan mengesahkan perpindahan ke kelab Premier League iaitu West Ham United.

Menurut laman BBC Sport, bekas pemain Manchester City itu akan bersama semula dengan Manuel Pellegrini yang merupakan bekas pengurus kelab tersebut.

Nasri turut akan bersama semula dengan bekas rakan sepasukan iaitu Pablo Zabaleta.

Beliau diberikan kontrak singkat iaitu selama 6 bulan sahaja sehingga tamat musim 2018/2019.

Namun beliau, di dalam kontraknya itu terdapat pilihan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan di kelab tersebut.

Nasri kembali selepas digantung daripada terlibat secara aktif dalam bola sepak selama 18 bulan.

Hal ini berlaku selepas pemain itu terlibat dalam kes doping.

Kelab terakhir beliau adalah pasukan Turki iaitu Antalyaspor.

Menurut Nasri, ianya ibarat nafas baharu buat dirinya selepas lama tidak beraksi di atas padang.

“Saya kembali semula ke liga paling kompetitif di dunia dan menyertai pasukan yang mempunyai cita-cita dan pengurus yang saya kenal.”

“Ianya merupakan pekerjaan terbaik di dunia ini, dan saya cukup teruja dengan perkara ini.”

Nasri sebelum ini memenangi 3 gelaran bersama Manchester City iaitu 2 Premier League dan 1 English League Cup.

Beliau juga merupakan bekas pemain Arsenal sebelum berhijrah ke Etihad Stadium.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN