Quantcast

BERITA

Unai Emery Akan Dapat Dana £40 Juta Sahaja Jika Arsenal Gagal Mara Ke UCL

Arsenal dikenali dengan sikapnya yang tenang dan suka menegaskan bahawa beliau tiada tekanan. Namun kali ini Unai Emery diuji lagi kesabaran beliau apabila Arsenal dilaporkan hanya memberikan dana £40 juta sahaja jika Arsenal gagal ke UCL.

Mujur Arsenal ketika ini masih ada 1 talian hayat untuk ke UCL. Koresponden BBC – David Ornstein menyatakan, Unai Emery diberikan 2 pakej.

Pakej pertama, jika Arsenal gagal mara ke UCL, Unai Emery diberikan dana £40 juta dan perlu menjual beberapa pemain untuk menambah dana tersebut.

Yang kedua adalah: Jika Arsenal mara ke UCL, Unai Emery diberikan dana £100 juta kerana ada tambahan dana daripada Adidas serta suntikan kewangan tambahan daripada pengurusan tertinggi. Ini mengambil kira pulangan wang daripada UCL dan pendapatan daripada penstriman.

Namun pakej kedua ini termasuk dengan kos operasi pasukan. Ianya merangkumi dana perpindahan pemain, gaji staf, dan sebagainya. Berbeza dengan pakej yang satu lagi yang hanya kepada dana untuk perpindahan sahaja.

Oleh itu Daily Express melaporkan, jika mara ke UCL, Arsenal mungkin hanya boleh berbelanja sekitar £65 juta.

Berdasarkan analisis oleh beberapa pakar di pasaran perpindahan pemain, amat sukar untuk Arsenal mendapatkan £50 juta daripada penjualan pemain jika mereka gagal mara ke UCL. Ini kerana, Arsenal sudah pastinya mahu mengekalkan beberapa pemain bintang mereka.

Jika mara ke UCL sekalipun, dana £100 juta juga mungkin agak tidak adil untuk Unai Emery. Hal ini kerana dalam 2 jendela perpindahan sebelum ini beliau diberikan dana yang sangat terhad. Dan ramai menjangkakan musim kedua sepatutnya beliau diberikan dana lebih besar.

Sebelum ini Max Allegri pernah menyatakan beliau memerlukan £200 juta untuk memperbaiki pasukan Arsenal jika kelab itu mahukan beliau menggantikan Wenger.

Akibat dana yang terhad, Unai Emery terpaksa mencari beberapa pemain yang ejen bebas dan bakat prospek. Berbanding dengan pemain bintang.

Ornstein menambah, Lembaga Pengarah Arsenal sudah memberikan arahan agar Emery mengutamakan pembelian 3 pemain utama. Mereka juga menyatakan mereka menghadkan budget itu atas alasan tidak mahu melanggar Financial Fairplay. Seterusnya Unai Emery diarahkan untuk mengutamakan pemain muda dan berpengalaman.

Buat masa ini, Arsenal meletakkan 3 pemain dalam kelompok sasaran utama; bek tengah, pemain box to box yang menggantikan Aaron Ramsey dan seorang pemain sayap. Sasaran kedua adalah bek kiri, bek kanan dan penyerang.

Jika ada lebihan daripada wang itu barulah Unai Emery boleh mencari pemain daripada kelompok sasaran kedua.

“Sebelum ini Arsenal hampir mendapatkan Christopher Nkunku dari PSG. Sudah pastinya untuk menggantikan Aaron Ramsey.”

“Adrien Rabiot juga antara pemain dalam sasaran mereka sejak sekian lama. Namun isu masalah disiplin di luar padang membuatkan situasi agak kompleks.”

“Kelompok sasaran kedua adalah penyerang sayap. Januari lalu mereka hampir mendapatkan Ivan Perisic. Dan mereka pernah menunjukkan minat ke atas Yannick Carrasco.”

“Seorang pemain penyerang tengah juga diperlukan untuk menggantikan Danny Welbeck.”

“Mereka juga berminat mendapatkan bek kanan dan bek kiri. Namun sekali lagi saya katakan, itu adalah dalam senarai kedua. Yang utama adalah bek tengah dan pemain box to box.”

Unai Emery pastinya perlu menggunakan kebijaksanaannya dalam berbelanja. Ini ditambah lagi dengan pemergian pemain seperti Petr Cech, Aaron Ramsey serta beberapa bahagian lagi yang perlu diperkuatkan.

Jika layak ke UCL, siapakah agaknya yang Unai Emery boleh beli bagi melengkapkan 3 sasaran utama. Dan jika gagal ke UCL, pastinya lebih pening nak melengkapkan sasaran itu.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!