Joel Glazer Halang Niat Solskjaer Jual Martial Yang Diibaratkan Jelmaan Pele Di Man. United

Pada akhir musim 2018/19, Ole Gunnar Solskjaer dikatakan kecewa dengan Anthony Martial kerana masalah disiplin. Pengendali Man. United itu juga pernah menegur Martial di bilik persalinan selepas insiden malas memanaskan badan.

Bukan sahaja Solskjaer yang kecewa, malah Martial antara pemain yang gagal menambat hati Jose Mourinho sebelum ini. Mourinho beberapa kali menegur Martial yang malas untuk membantu pertahanan.

Mourinho pernah menghukum Martial kerana meninggalkan kem pra-musim tanpa kebenaran beliau. Martial balik ke Paris mengejut untuk melihat cahaya mata.

Mourinho kecewa kerana Martial hanya memaklumkan kepada beliau hanya selepas beberapa hari tiba di Paris. Mourinho ketika itu berkata:

“Saya mendapat tahu Martial memang sudah berada di Paris ketika beliau memaklumkan saya. Beliau sudah di sana 2 atau 3 hari yang lalu. Apabila anda ada alasan peribadi – anda haruslah melakukannya [keluar] dengan cara yang betul.”

“Apabila seseorang menjadi ayah, dalam kes ini, beliau sudah 2 kali menjadi ayah, dan beliau mahu pergi balik sebab rasa ianya lebih penting. Saya nak katakan yang tiada siapa berhak menghalang beliau pergi. Tetapi, pergilah dengan cara yang betul.”

Dalam statistik dikeluarkan pada musim ini, Martial antara pemain yang malas berlari di atas padang walaupun beliau seorang pemain yang laju.

Solskjaer juga tidak berpuas hati dengan komitmen Martial di pusat latihan. Lantas Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan sudah menyenaraikan Martial sebagai antara pemain yang mahu dijual.

Solskjaer beberapa hari lalu menyatakan beliau sudah mengenalpasti beberapa pemain yang boleh membawa Man. United ke tahap lebih baik. Martial mungkin antara nama yang tiada dalam senarai itu.

Namun malangnya, idea Solskjaer untuk menjual Martial ditentang oleh Pengerusi Bersama Man. United iaitu Joel Glazer.

Joel Glazer tidak mahu Martial dijual kerana menganggap pemain itu sebagai jelmaan Pele di Old Trafford.

Martial merupakan antara pemain kesayangan Joel Glazer. Hal itu sudah diberitahu sendiri oleh Glazer kepada Solskjaer dan kesemua pengurusan tertinggi Man. United.

Glazer berpandangan, mereka perlu menghargai bakat yang ada pada Anthony Martial dan merasakan Man. United bertuah kerapa sudah ada Pele mereka sendiri.

Martial menandatangangi kontrak baharu sehingga 2023 dengan gaji bernilai £200,000 seminggu. Joel Glazer memainkan peranan beliau dalam memastikan Martial kekal dan menerima gaji sebesar itu walaupun hanya menjaringkan 2 gol dalam 13 penampilan bersama Man. United.

Martial dibeli dengan nilai £36 juta dari AS Monaco pada 2015. Ketika di bawah kendalian Mourinho, Martial juga dalam senarai untuk dijual dengan kelab seperti Juventus mengintai khidmat pemain itu.

Namun ia ditentang oleh Joel Glazer dan timbalan pengerusi eksekutif – Ed Woodward.

Woodward bertemu dengan Mourinho dan mahukan pemain itu digunakan lebih kerap kerana beliau adalah masa depan Man. United. Sebaliknya Mourinho tetap dengan pendirian beliau. Bagi Mourinho, hanya pemain yang rajin dan bersungguh-sungguh sahaja berhak bermain. Oleh itu, Mourinho banyak menggunakan Marcus Rashford berbanding dengan Martial.

Selepas itu, Mourinho meminta untuk mendapatkan Ivan Perisic. Namun idea itu turut ditentang oleh Joel Glazer dan Ed Woodward yang merasakan tindakan itu akan membuatkan Martial berkecil hati kerana tiada jaminan dalam pasukan utama.

Woodward menyatakan kepercayaan beliau kepada Martial secara terbuka. Mourinho tidak mencadangkan apa-apa kontrak lanjutan kepada Martial. Ed Woodward tampil dengan tawaran dan mereka menurut kehendak Martial yang meminta gaji £200,000 seminggu.

Selepas mendapat apa yang beliau mahukan, Martial masih gagal menunjukkan kualiti yang diharapkan. Beliau pemain yang berbakat namun diganggu oleh isu disiplin.

Solskjaer kini dilaporkan mahukan sekitar 5 pemain baharu untuk dibawa masuk. Beliau berharap mendapat pemain baharu itu secepat mungkin menjelang jelajah pra-musim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN