Quantcast

BERITA

Corbin Ong, Rodney Celvin Antara Yang Mendapat Panggilan Sertai Harimau Malaya

Bek sayap JDT, Corbin Ong dan pemain pertahanan tengah PKNS FC, Rodney Celvin adalah antara 26 pemain yang mendapat panggilan oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk persiapan menghadapi perlawanan timbal balik Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor Leste.

Pasukan negara dijadualkan berhadapan dengan Timor Leste pada 7 dan 11 Jun hadapan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

FOTO: JST

Senarai 26 pemain yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi dikehendaki melaporkan diri pada 27 Mei, untuk kem latihan pusat, seterusnya untuk menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Nepal – juga diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2 Jun hadapan.

11 pemain yang merupakan anggota skuad negara ketika menghadapai Piala AIRMARINE 2019 pada Mac lalu turut digugurkan, termasuk penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, dan pertahanan Perak, Nazirul Naim.

Turut menerima nasib yang sama ialah Rizal Ghazali (Kedah), Abdul Latiff Suhaimi (Selangor), Hadin Azman (Felda United), S Kumaahran (JDT II), Hafiz Ramdan (PKNP FC), Firdaus Saiyadi (Perak), Nicholas Swirad (PKNS FC), dan Hazwan Nakri (JDT).

Sumber: KAFA, Facebook.

Turut dipanggil semula untuk menganggotai skuad senior negara pada kali ini adalah Safawi Rasid, Akhyar Rasid, Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan – kesemua pemain dari JDT – serta Syahmi Safari (Selangor) dan Faisal Abdul Halim (Pahang).

Enam pemain ini digugurkan sebelum ini untuk membenarkan mereka menyertai skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020.

Turut kembali di dalam senarai pada kali ini adalah empat anggota skuad Piala Suzuki AFF 2018 iaitu penjaga gol, Farizal Marlias, Adam Nor Azlin dan Syafiq Ahmad (JDT) serta Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak).

Tiga pemain akan digugurkan untuk melengkapkan senarai 23 pemain yang akan mewakili pasukan negara untuk berhadapan Timor Lest.

Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe telah memilih 26 pemain bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia bulan pada Jun ini.

Senarai penuh 26 pemain yang telah mendapat panggilan:

PENJAGA GOL
Farizal Marlias (JDT)
Hafizul Hakim (Perak)
Ifwat Akmal (Kedah)

PERTAHANAN
Adam Nor Azlin (JDT)
Dominic Tan (JDT)
Shahrul Saad (Perak)
Irfan Zakaria (Kuala Lumpur)
Rodney Celvin (PKNS FC)
Matthew Davies (Pahang)
Corbin Ong (JDT)
Syazwan Andik (JDT)
Syahmi Safari (Selangor)

TENGAH
Syamer Kutty (JDT)
Nor Azam Azih (Pahang)
Faiz Nasir (Selangor)
Akram Mahinan (PKNS FC)
Halim Saari (Selangor)
Kenny Palraj (Perak)

SAYAP
Akhyar Rashid (JDT)
Mohamadou Sumareh (Pahang)
Faisal Halim (Pahang)
Syazwan Zainon (Selangor)

PENYERANG
Syafiq Ahmad (JDT)
Safawi Rasid (JDT)
Norshahrul Idlan Talaha (Pahang)
Shahrel Fikri (Perak)

 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!