Penyokong ultras Pahang yang dikenali Elephant Army jelas tak gembira dengan penundaan jadual oleh FMLLP ataupun MFL.
Dalam status mereka sebentar tadi, Elephant Army berkata:
“Football Malaysia LLP”
“Kami tuntut penjelasan berhubung penundaan perlawanan Piala Malaysia antara Sabah vs Pahang tatkala hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk dimainkan.”
“Penerangan dari pihak SAFA tadi pada kami hanya menimbulkan lebih banyak pertanyaan.
“Hari Malaysia memang disambut pada 16 September setiap tahun dan pemilihan Sabah sebagai tuan rumah Hari Malaysia tahun ni dah pun dimaklumkan pada 20 Julai.”
“Boleh rujuk pautan ni: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451694/sabah-tuan-rumah-hari-malaysia-2018”
EA kemudian meminta FMLLP memberikan respon kepada 4 persoalan:
“Mohon respons pada pertanyaan kami ini:”
1) Kenapa urusan pemberitahuan tentang penundaan lambat dimaklumkan kepada semua. Kenapa kenyataan tentang penundaan datang dari SAFA dan bukannya dari FMLLP seperti kebiasaanya.
2) Bilakah tarikh SAFA mengemukakan permohonan penundaan untuk perlawanan malam ni?
2) Adakah FMLLP@MFL menerima permohonan dari pihak SAFA dan membuat keputusan untuk menunda perlawanan ini?
3) Adakah PBNP dimaklumkan tentang permohonan SAFA untuk membuat penundaan ni?
4) Berapa lama tempoh masa sebelum yang diperuntukkan dalam SOP FMLLP untuk memaklumkan pada pasukan bertanding tentang penundaan sesuatu perlawanan?
“Penyokong Pahang yang turun ke Kota Kinabalu membelanjakan tak kurang RM 500 untuk hadir menyokong pasukan.”
“Dan kebanyakkan retun ticket adalah esok pagi kerana untuk menjimatkan kos dan mengejar hari kerja pada lusa. Belum dicampur masa dan tenaga yang dibuang.”
“Perkara yang dipandang mudah oleh pegawai-pegawai persatuan bolasepak dan FMLLP, tapi sangat besar untuk penyokong; rakyat marhaen macam kami.”
“Tatkala kita sibuk memperkatakan tentang penurunan jumlah kehadiran penyokong di stadium, lihatlah apa yang kita buat untuk mengatasinya.”
“SHAME ON YOU!”
FMLLP mengumumkan penundaan jadual perlawanan Piala Malaysia, kumpulan D di antara Sabah dan Pahang. Pengumuman itu dibuat mengejut pada hari perlawanan.