Quantcast

BERITA

La Liga: Real Madrid Sangkut, Barcelona Kekal Sempurna, Debutan Remaja Selamatkan Atletico

Ada 3 perlawanan La Liga melibatkan pasukan yang dianggap pencabar kejuaraan berlangsung semalam.

Real Madrid keciciran mata

Real Madrid keciciran mata pertama kali dalam La Liga musim ini di bawah kendalian Julen Lopetegui.

Real berterima kasih kepad Isco yang menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan.

Athletic Bilbao mendahului 1 gol di hadapan menerusi Iker Muniain pada separuh masa pertama.

Atletico juga terikat

Skuad bimbingan Diego Simeone meneruskan permulaan yang kurang meyakinkan apabila keciciran mata sekali lagi.

Kali ini mereka seri 1-1 dengan Eidbar. Setakat 4 perlawanan, Atletico hanya menang sekali dan seri 2 kali.

Eidbar hampir menang di Metropolitano dengan jaringan pada minit ke-87 oleh Sergi Enrich.

Namun Atletico menyamakan kedudukan pada masa kecederaan. Borja Garces menyempurnakan hantaran Antoine Griezmann.

Garces adalah pemain remaja yang diberikan debut dalam perlawanan ini.

Barcelona terus cemerlang

Dengan keputusan seri Real Madrid, bermakna Barcelona menjadi satu-satunya pasukan di La Liga yang kekal dengan permulaan sempurna.

Mereka mencatatkan kemenangan ke-4 semalam menewaskan Real Sociedad 1-2.

Ia bukan perlawanan yang mudah untuk Barcelona.

Mereka ketinggalan pada awal perlawanan menerusi jaringan Aritz Elustondo.

2 gol dalam jarak 3 minit pada separuh masa kedua oleh Luis Suarez (minit ke-63) dan Ousmane Dembele (minit ke-66) berjaya menyempurnakan misi bangkit Barca.

Dengan kemenangan ini, Barcelona berada di puncak La Liga dengan kelebihan 2 mata berbanding Real Madrid.

Ini adalah kedudukan liga setakat ini:

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!