Video: Lihat Gol Ke-500 Ibrahimovic Dengan Gaya ‘Reverse Roundhouse Kick’

Bintang LA Galaxy, Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol karier ke-500 beliau dengan penuh gaya.

Ia memang menepati status beliau yang dikenali dengan gol-gol yang spektakular.

Ibrahimovic melakukan voli dengan ‘reverse roundhouse kick’ ketika menerima hantaran Jonathan dos Santos pada minit ke-43.

Teknik tendangan seperti ini memang terkenal dalam dunia seni mempertahankan diri dan juga banyak digunakan dalam MMA.

Jaringan Ibrahimovic itu dilakukan dengan penuh geram kerana pasukan beliau ketinggalan 3 gol.

Toronto menang 5-3 ke atas La Galaxy dalam perlawanan ini. Ibrahimovic berkata kepada wartawan selepas tamat perlawanan:

“Yang pasti, kalah itu bukan perkara yang bagus. Tetapi saya tumpang gembira untuk Toronto kerana mereka akan mengingati detik mereka menjadi mangsa gol ke-500 saya tadi.”

Berikut adalah rekod gol Ibrahimovic setakat ini untuk kelab dan negara:

Sweden – 62 gol

Paris Saint-Germain – 156 gol

Inter Milan – 66 gol

AC Milan – 56 gol

Ajax – 48 gol

Man. United – 29 gol

Juventus – 26 gol

Barcelona – 22 gol

Malmo – 18 gol

Saksikan di sini:

Cantik bukan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN