SCL2018: Ledakan Hatrik Salihan Jamil Hadiahkan Tiga Mata Penuh Buat Shah Alam Antlers

Shah Alam Antlers

Jaringan hatrik dari Muhammad Salihin Jamil membantu Shah Alam Antlers merakamkan kemenangan pada perlawanan kumpulan A Selangor Champions League 2018 menentang Banting Naga FC di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Shah Alam Antlers yang mendapat sokongan padu dari para penyokong mereka mempamerkan corak permainan lebih tersusun dengan menguasai aksi di babak pertama.

Pemain pertahanan kiri, Khairil Iskandar Akhwan terlebih dahulu mengancam kubu Banting Naga FC apabila percubaan dari jarak jauh dilakukannya hampir membuka tirai jaringan seawal minit kedua perlawanan.

Naga FC juga memperoleh peluang menghasilkan jaringan selepas sepakan percuma menarik yang diambil Fawayzur Wahid berjaya dinafikan Redzuan Harun di gawang Shah Alam Antlers.

Naga FC yang terpaksa menurunkan penjaga gol ‘bidan terjun’ dihukum apabila percubaan lemah yang dilakukan Salihan Jamil pada minit ke-23 gagal diselamatkan penjaga gol, T. Suresh bagi jaringan pendahuluan buat Shah Alam Antlers.

Suresh kemudiannya digantikan dengan penjaga gol kelahiran Nigeria, Okebaram Promise.

Jaringan pembukaan tersebut jelas tidak cukup buat Salihan apabila beliau berjaya meledakkan jaringan kedua peribadi.

Jaringan pada minit ke-30 itu terhasil selepas gerakan solo dalam kotak penalti yang dicipta Salihan disudahkannya dengan tenang bagi mengecewakan Promise.

Ketika perlawanan babak pertama hampir ditamatkan, Shah Alam Antlers terlepas peluang untuk terus menggandakan jaringan.

Ketika pintu gol Naga FC sudahpun terbuka, Sherif Ahmed Moustafa gagal menyempurnakan peluang terhidang apabila Promise lebih pantas menutup ruang bagi menafikan percubaan tersebut.

Kesilapan pertahanan Naga FC yang mengasari Okpe Solomon Ekunke dalam kotak penalti memaksa pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat Shah Alam Antlers pada minit ke-48.

Salihan yang diberikan tanggungjawab mengambil sepakan, tidak melepaskan peluang bagi melebarkan kedudukan yang sekaligus melengkapkan hatrik buatnya pada perlawanan sulung ini.

Kedudukan tersebut kekal hingga tamat permainan untuk kemenangan selesa 3-0 buat Shah Alam Antlers.

Jaringan hatrik yang dicipta serta kelincahan yang dipamerkannya, tidak dapat disangkal lagi bahawa Muhammad Salihan Jamil merupakan pemain terbaik pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN