Ugo Ehiogu, Penjaring Gol England Dalam Debut Eriksson Meninggal Dunia

Bekas pemain antarabangsa England dan Aston Villa, Ugo Ehiogu dilaporkan meninggal dunia di hospital sebentar tadi.

Semalam, seluruh tabloid di England melaporkan jurulatih Bawah-23 tahun pasukan Totenham Hotspur, Ugo Ehiogu telah dikejarkan ke hospital setelah rebah ketika sesi latihan pasukan bimbingannya.

Pasukan Spurs mengesahkan kematian tersebut melalui media sosial rasmi, Twitter milik mereka sebentar tadi.

Tidak ramai yang masih ingat akan kelibat pertahanan kental Aston Villa ini.

Ugo Ehiogu, berumur 44 tahun adalah bekas pemain pertahanan tengah dan lebih dikenali ketika aksinya bersama Aston Villa.

Di dalam skuad England, Ehiogu bersaing bersama Tony Adams, Sol Campbell, Jamie Carragher dan Rio Ferdinand di benteng England.

Bekas pemain antarabangsa England, Stan Collymore turut meluahkan kesedihan beliau atas pemergian Ugo Ehiogu.

Bekas pemain antarabangsa England ini telah berkhidmat bersama pasukan kejurulatihan Spurs sejak 2014 setelah mengakhiri karier yang menakjubkan di Liga Inggeris.

Ehiogu bermain selama 9 tahun bersama Aston Villa dari tahun 1991 sehingga tahun 2000 sebelum menyertai Middlesbrough selama 7 musim.

Ugo Ehiogu membuat 4 penampilan bersama England dan menjaringkan satu gol. Satu-satunya gol jaringan Ugo Ehiogu ialah ketika penampilan pertama Sven Goran Eriksson sebagai pengurus England.

Ehiogu menjaringkan gol ketiga dalam kemenangan 3-0 ke atas Spain pada tahun 2001.

England FA turut menzahirkan ucapan simpati dan takziah dalam laman sosial Twitter rasmi pasukan The Three Lions.

Berita kematian Ugo Ehiogu nyata mengejutkan ramai pemerhati bola sepak Inggeris setelah insiden beliau rebah di padang latihan Spurs semalam.

Ehiogu memulakan karier bola sepak profesional bersama West Bromich Albion (WBA).

Selain daripada WBA , Ehiogu turut pernah membuat penampilan bersama kelab Leeds united, Rangers dan Sheffield United.Ehiogu bersara daripada bermain bola sepak profesional pada tahun 2009,

Ketika bersama Aston Villa, Ehiogu pernah dilabel sebagai antara pertahanan tengah terbaik England.

Bekas pemain antarabangsa Three Lions ini membantu Aston Villa memebangi 2 Piala Liga (Kini EFL Cup), dan membuat 300 penampilan bersama Villa dalam semua pertandingan.

Ugo Ehiogu turut pernah keluar dari persaraan pada August 2012 untuk membuat penampilan bersama Wembley F.C.

Beliau sempat beraksi di dalam Piala F.A bersama Wembley F.C bersama-sama bekas bintang Liga Inggeris yang lain seperti Ray Parlour, Martin Keown, Claudio Caniggia, Brian McBride dan Grame Le Saux.

Untuk musim 2016/2017, pasukan Tontenham Hotspur Bawah-23 berada di kedudukan ke-6 Liga Perdana Inggeris 2 dengan baki dua perlawanan.

Baca juga: VIDEO: ‘Throwback’ Perlawanan Epik Liverpool 4-4 Arsenal Pada 2009

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN