UEFA Umum Kedudukan Balang Rasmi Undian Nations League 2018/19

Konferendasi Bola Sepak Eropah telah mengumumkan secara rasmi butiran mengenai undian Nations League. Musim sulung Nations League ini akan bermula pada September 2018.

Undian ini akan dijalankan pada 24 Januari 2018 (Rabu). Manakala undian ini akan bertempat di Lausanne, Switzerland.

Dijangka 55 negara akan menghantar penyertaan dalam kejohanan ini.

Prosedur khas

UEFA mengekalkan prosedur khas dengan tidak membenarkan negara yang sedang berkonflik diundi berhadapan satu sama lain. Rusia tidak akan diundi bertemu Ukraine. Begitu juga dengan Armenia, mereka tidak akan diuji berhadapan Azerbaijan.

Prosedur baru telah diperkenalkan khas untuk Nations League. Pertama, setiap kumpulan mempunyai maksimum dua pasukan yang beriklim terlampau sejuk. Negara yang dimaksudkan ialah, Norway, Finland, Estonia dan Lithuania.

Prosedur kedua pula menyaksikan hanya maksimum satu sahaja perlawanan yang dianjurkan di negara yang jaraknya terlalu jauh. Kazakhstan tidak akan diundi bersama dengan Andorra, Kepulauan Faroe dan Gibraltar. Begitu juga dengan Armenia, Gibraltar pun tidak akan diundi bertemu mereka.

Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai Nations League yang telah diulas sebelum ini pada pautan:

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan UEFA Nations League?

Balang rasmi diumumkan

Anda sudah membaca artikel di atas? Mari kita teruskan mengenai balang yang bakal digunakan untuk Nations League. UEFA telah menggunakan ranking coefficient yang dikeluarkan pada 11 Oktober 2017 lalu untuk menentukan balang semasa undian.

Ia terpakai untuk League A hingga League D. Kedudukan negara teratas dalam setiap League akan diletakkan dalam balang 1.

Berikut merupakan balang rasmi untuk undian yang bakal dijalankan Januari hadapan. Harus diingat, setiap League akan mempunyai 4 kumpulan.

League A;

  • Balang 1: Jerman, Portugal, Belgium, Sepanyol
  • Balang 2: Perancis, England, Switzerland, Itali
  • Balang 3: Poland, Iceland, Croatia, Belanda

League B;

  • Balang 1: Austria, Wales, Rusia, Slovakia
  • Balang 2: Sweden, Ukraine, Republik Ireland, Bosnia
  • Balang 3: Ireland Utara, Denmark, Republik Czech, Turki

League C;

  • Balang 1: Hungary, Romania, Scotland, Slovenia
  • Balang 2: Greece, Serbia, Albania, Norway
  • Balang 3: Montenegro, Israel, Bulgaria, Finland
  • Balang 4: Cyprus, Estonia, Lithuania

League D;

  • Balang 1: Azerbaijan, Macedonia, Belarus, Georgia
  • Balang 2: Armenia, Latvia, Kepulauan Faroe, Luxembourg
  • Balang 3: Kazakhstan, Moldova, Liechtenstein, Malta
  • Balang 4: Andorra, Kosovo, San Marino, Gibraltar

Pasti anda semua sudah tidak sabar menantikan undian yang bakal dibuat nanti. Semoga kejohanan ini berjalan lancar dan berjaya hendaknya.

Pasukan manakah menjadi pilihan anda?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN