Apakah Yang Dimaksudkan Dengan UEFA Nations League?

Jika anda bermain Football Manager dan pernah menguruskan mana-mana pasukan kebangsaan Eropah, pasti pasukan anda pernah terlibat dengan UEFA Nations League bukan?

Tapi apa itu UEFA Nations League?

Pengenalan

Semuanya bermula di Strategy Meeting yang berlangsung di Cyprus pada 2011 yang kemudiannya dibincangkan lagi dalam beberapa siri mesyuarat pada tahun-tahun berikutnya yang mendorong kepada terciptanya UEFA Nations League.

Antara sebab utama UEFA ingin mewujudkan perkara ini adalah untuk menggantikan perlawanan persahabatan antarabangsa yang disifatkan sebagai membuang masa.

Ia juga bertujuan untuk menjimatkan kos perjalanan kerana hal ini akan berlangsung dalam benua Eropah sahaja.

Bila UEFA Nations League akan berlangsung?

UEFA Nations League belum pernah dilangsungkan lagi. Kejohanan sulung akan diadakan pada pada tahun 2018 dan 2019.

Apakah format UEFA Nations League?

Kesemua negara yang menjadi ahli UEFA akan dipecahkan kepada 4 divisyen iaitu A, B, C dan D.

Di dalam setiap divisyen akan ada 4 kumpulan iaitu kumpulan 1, 2, 3, dan 4.

Dalam setiap divisyen akan ada dalam anggaran 12-16 pasukan yang dipecah kepada 4 kumpulan yang disertai oleh 3-4 pasukan dalam satu kumpulan.

Mereka akan bermain secara round-robin pada September hingga November 2018 dan bermain secara double-header (perlawanan berganda) pada 2 minggu tempoh rehat antarabangsa.

Juara setiap kumpulan akan naik ke divisyen yang lebih tinggi manakala pasukan tercorot akan turun ke divisyen lebih bawah.

Setiap pasukan akan ditentukan setiap divisyennya berdasarkan ranking FIFA pada 15 November 2017.

Jadi kita dapat gambaran pasukan seperti Jerman, Itali dan Sepanyol akan berada di Divisyen A manakala pasukan seperti San Marino, Macedonia dan Luxemborg berada di Divisyen D.

23C664BD00000578-0-The_format_of_the_UEFA_Nations_League_which_features_four_Divisi-a-60_1417791076836

Fasa The Final Four

Selepas aksi peringkat kumpulan pada 2018, penentuan juara UEFA Nations League akan dilakukan pada Jun 2019 dengan juara setiap kumpulan di Divisyen A akan bermain dalam format separuh akhir dan akhir.

Undian separuh akhir akan dilakukan, dan perlawanan bagi separuh akhir dan akhir akan diadakan di gelanggang neutral yang akan ditentukan kemudian.

Reaksi mengenai UEFA Nations League

Kebanyakan negara menerima cadangan ini dengan baik. Bagi mereka, kewujudan UEFA Nations League mampu menarik minat semua pihak terhadap bola sepak antarabangsa semula.

Setiausaha Agung FA England, Alex Horne berkata:

“Prospek untuk England bermain dengan pasukan dari kelompok 12 hingga 16 pasukan terbaik Eropah secara home dan away satu idea yang mengujakan.”

Negara-negara kuasa bola sepak Eropah bersetuju dengan idea ini kerana mereka dapat elakkan dari melangsungkan perlawanan persahabat yang tidak berfaedah – sebagai contoh menentang pasukan kerdil.

Ia akan menjejaskan tumpuan media dan peminat.

Sebagai contoh rekod kehadiran penyokong England ketika perlawanan persahabatan menentang Norway tidak memberangsangkan dengan hanya separuh sahaja dari kapasiti Wembley diisi penyokong.

engnor

Wakil dari Persatuan Bola Sepak Sweden (SvFF), Karl-Erik Nilsson berkata,

“Ia akan dilaksanakan kerana kesukaran untuk mendapatkan perhatian untuk perlawanan persahabatan.”

Bagi Presiden FA Norway Yngve Hallen, beliau berasakan UEFA Nations League mampu menjadi tumpuan utama para media apabila ia dilangsungkan tidak lama lagi.

“Kejayaan UEFA Champions League telah menginspirasikan Europa League. Ini juga merupakan satu perkara yang mereka ingin lihat kesinambungannya dengan UEFA Nations League – bagaimana ia dapat menajamkan pasaran. Itulah perkara utamanya.”

Bagi Hallen, dengan UEFA memegang hak penyiaran UEFA Nations League kelak, semestinya UEFA akan pastikan bahawa kejohanan ini akan mendapat tumpuan sepenuhnya oleh media dan peminat menerusi hak penyiaran televisyen.

Namun, tetap ada yang tidak bersetuju dengan idea ini.

Rob Devine dari Metro.co.uk berkata dengan wujudnya UEFA Nations League akan menyukarkan para jurulatih.

Devine merasakan dengan idea membuatkan semua perlawanan ini kompetitif dengan niat untuk menarik minat media dan penyokong untuk menonton perlawanan antarabangsa hanya akan menyukarkan jurulatih untuk melakukan eksperimen terhadap skuad mereka.

Joachim Low

UEFA Nations League juga katanya, hanya akan membuat para jurulatih hanya memikirkan bagaimana untuk mendapatkan 3 mata tanpa menghiraukan tujuan asal untuk menguji taktikal baru untuk pasukan masing-masing.

Devine juga risau ia akan jadikan jurulatih akan hanya kekal dengan taktik lama dan tidak berani melakukan sesuatu yang berbeza.

Kesimpulan

UEFA Nations League akan menimbulkan rasa kompetitif dalam negara yang bertanding di samping dapat memperbaiki ranking FIFA bagi negara-negara kecil di Eropah kerana mereka tidak perlu menentang pasukan gergasi Eropah.

Kita belum dapat lihat kelemahan yang ketara dalam UEFA Nations League ini kerana ia belum dilaksanakan lagi.

Tapi sekiranya ia membawa hasil yang positif tidak salah untuk AFC menggunakan cara yang sama kerana jumlah negara dibawah naungan AFC hampir sama dengan UEFA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN