Real Menang Besar, Achraf Hakimi Curi Perhatian Di Hari Keraian Ronaldo

Cristiano Ronaldo meraikan kejayaan Ballon D’Or dengan menyumbat 2 gol dalam perlawanan menentang Sevilla.Ronaldo diberikan keraian khas sebelum perlawanan bersama-sama 5 Ballon d’Or beliau.

Pemain berusia 19 tahun, Achraf Hakimi juga mencuri perhatian dengan menjaringkan gol pertama beliau untuk Real Madrid pada babak akhir separuh masa pertama.

https://twitter.com/Realmadridplace/status/939528121396711424

Achraf menjadi pemain dari Arab pertama menjaringkan gol untuk Real Madrid. Dan turut menjadi penjaring kedua termuda dalam sejarah Real Madrid selepas Raphael Varane yang melakukannya pada 2011 ketika berusia 18 tahun dan 5 bulan.

Achraf menjaringkan gol pertama ketika berusia 19 tahun dan sebulan.

https://twitter.com/jj_villac/status/939526982726975488

Real Madrid menang bergaya dengan jaringan 5-0 di gelanggang sendiri. 2 lagi gol Real Madrid dijaringkan Toni Kroos dan gol pembukaan minit ke-3 Nacho. Semua gol dijaringkan pada separuh masa pertama. Sevilla berjaya melakukan ‘damage limitation’ pada separuh masa kedua.

Kemenangan ini membolehkan Real Madrid mengutip 31 mata, dibezakan 5 mata daripada pendahulu liga Barcelona yang akan turun beraksi pada hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN