UEFA Umum Buka Semula Siasatan Pencabulan FFP Oleh Man. City

Uefa baru sahaja mengumumkan bahawa badan bola sepak Eropah itu setuju untuk membuka semula siasatan berkaitan pencabulan peraturan Financial Fair Play (FFP) ke atas Man. City.

Uefa sebelum ini didesak oleh beberapa pihak termasuk Javier Tebas agar membuka semula siasatan ke atas Man. City.

Selepas ramai pihak mendesak membuka semula siasatan ini, termasuk banyak media arus perdana yang berpengaruh, Uefa akhirnya akur.

Uefa dalam kenyataan mereka berkata: “Suruhanjaya Siasatan Bebas daripada Badan Kawalan Kewangan Kelab Uefa ingin menegaskan, sekiranya mereka [Man. City] bersalah, mereka boleh dikenakan penggantungan daripada UCL.”

“Siasatan kali ini ini akan menumpukan beberapa perlanggaran FFP seperti yang didedahkan kepada umum oleh beberapa media.”

Media pembongkar rahsia (whistle blower) dari Jerman – Der Spiegel sebelum ini mendedahkan salah laku melibatkan Man. City. Mereka telah menerbitkan kandungan bukti dan dokumen kepada orang ramai.

Der Spiegel mendakwa Man. City tidak telus dalam isu penajaan. Ada beberapa butiran penajaan dinyatakan secara tak tepat ataupun melampau untuk mengaburi mata Uefa tentang jumlah tajaan sebenar. Padahal, berlaku suntikan dana secara peribadi yang melampau oleh Man. City, menurut Der Spiegel lagi.

Man. City sebelum ini membidas kenyataan Der Spiegel dan menyatakan mereka berpegang kepada hasil siasatan/audit Uefa sebelum ini yang mengiktiraf Man. City sebagai organisasi bersih.

Bekas pengurus Man. United – Jose Mourinho sebelum ini juga menganggap, anda tidak perlu menjadi pakar undang-undang untuk mengetahui Man. City melanggar peraturan FFP, cukuplah dengan melihat cara mereka berbelanja.

Lalu beberapa media percaya, Jose Mourinho antara pihak yang telah menerima satu salinan bukti di atas salah laku FFP oleh City.

City kecewa dengan tuduhan beberapa pihak ke atas mereka dan menganggap Der Spiegel berniat jahat ke atas mereka. Pengendali Man. City, Pep Guardiola kemudian tampil mempertahankan kelabnya dan menyatakan keyakinan bahawa beliau kini sedang bertugas di dalam sebuah organisasi yang bersih dan adil.

Pada 2014, Man. City didenda €60 juta dan dikecilkan jumlah pemain skuad dalam UCL selepas berbelanja melebihi had yang sepatutnya.

Tidak lama selepas itu, satu lagi investigasi dijalankan ke atas Man. City. Der Spiegel mendakwa pihak City telah mempergunakan bekas Setiausaha Agung Uefa – Gianni Infatino – untuk rundingan yang digelar budi bicara.

ZURICH, SWITZERLAND – MARCH 18: FIFA president Gianni Infantino speaks during a press conference after the FIFA executive committee meeting at the FIFA headquarters on March 18, 2016 in Zurich, Switzerland. (Photo by Valeriano Di Domenico/Getty Images)

Der Spiegel mempertikaikan konsistensi Uefa dalam peraturan. Ini kerana beberapa kelab di negara lain terutama Turki dan Romani terus dikenakan hukuman tanpa ada diberikan budi bicara.

Gianni Infantino menafikan mereka melayan Man. City dan PSG dengan ‘double standard’. Sebaliknya beliau yakin dengan tindakannya atas dasar profesional.

City menyatakan Der Spiegel melemparkan tuduhan tidak berasas hanya dengan berpandukan e-mail yang digodam.

Man. City dalam kenyataan mereka mengalu-alukan siasatan terbaru itu. City berkata: “Manchester City mengalu-alukan Uefa untuk membuka semula siasasatan. Ini adalah peluang terbaik untuk mengakhiri spekulasi yang mengaitkan kami dengan salah laku kerana penggodaman serta penerbitan e-mail kami kepada umum.”

“Tuduhan bahawa kami mencabuli peraturan FFP adalah tidak benar sama sekali.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN