Baihakki Khaizan Umum Persaraan Daripada Pentas Antarabangsa

Bekas pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Baihakki Khaizan mengumumkan persaraan beliau daripada mewakili skuad kebangsaan Singapura melalui laman instagram rasminya.

Beliau yang mewakili skuad kebangsaan Singapura sejak tahun 2003 telah mengumpulkan 134 kaps dan menjaringkan 5 gol di peringkat antarabangsa. Sepanjang mewakili negaranya, beliau telah menjuarai Piala Suzuki AFF sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2004, 2007 dan 2012.

Bapa kepada 3 orang anak itu turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaannya kepada pelbagai pihak termasuk keluarganya, mantan jurulatih negara itu, Raddy Avramovic dan Bernd Stange serta peminatnya.

“Saya secara peribadi mahu mengucapkan terima kasih kepada jurulatih Radojko Avramovic kerana mempercayai saya sejak hari pertama mewakili negara. Dialah jurulatih dan juga bapa yang telah membimbing kami sama ada di atas padang atau di luar padang.

“Juga ucapan terima kasih kepada jurulatih Bernd Stange. Anda hadir dan memperkenalkan stail bola sepak eropah. Kami sebagai pemain begitu teruja dapat mempelajari silibus bola sepak yang baru dan menguji kekuatan dengan pasukan eropah serta asia timur. Saya tidak akan lupa bagaimana kami mencatat keputusan seri 0-0 dengan pasukan Jepun di Saitama,” katanya.

Baihakki Khaizan ketika mewakili pasukan JDT pada tahun 2014. FOTO: JST

“Tidak lupa juga kepada semua barisan jurulatih serta staf dibelakang tadbir, pembantu jurulatih, pengurus pasukan dan juga jurulatih kecergasan, Sasha Gila. Saya benci anda tetapi anda tahu saya tetap menyayangi anda.

“Saya juga amat menghargai sokongan daripada keluarga saya selama ini terutamanya ibu saya yang sentiasa mendoakan saya dimana sahaja saya berada. Kepada isteri dan anak-anak, terima kasih kerana sangat memahami dan memberi sokongan. Kita sudah boleh merancang cuti panjang hingga tahun depan.

“Terima kasih juga kepada para penyokong. Teruskan memberikan sokongan padu kepada skuad kebangsaan. Kallang roar sentiasa di hati saya, Majulah !,” petikan daripada kata-kata di laman instagramnya.

Pengumuman ini juga bermakna beliau tidak dapat beraksi mewakili Singapura dalam kejohanan 4 penjuru, Piala AIRMARINE 2019 pada minggu hadapan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain Malaysia dan Singapura, kejohanan edisi sulung itu turut menampilkan Oman dan juga Afghanistan. Pemenang akan bertemu pada aksi final pada hari Sabtu, 23 Mac 2019, jam 8.45 malam dan dua pasukan yang tewas pula bakal beraksi pada perlawanan merebut tempat ketiga dan keempat, pada pukul 4.30 petang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN