UEFA Mahu Sekurang-Kurangnya 16 Slot Piala Dunia 2026

Semua maklum bahawa Piala Dunia 2026 akan mempertandingkan 48 negara.  FIFA telah meluluskan cadangan itu sebulat suara pada bulan lepas.

UEFA telah memohon kepada FIFA bahawa mereka mahu sekurang-kurangnya 16 slot diberikan kepada mereka.

Menuntut manifesto

Sebenarnya UEFA seolah-olah ingin menuntut manifesto Gianni Infantino ditunaikan.

Benar, banyak negara blok Eropah dipercayai telah mengundi beliau ketika pemilihan Presiden FIFA yang lepas.

UEFA juga mahu FIFA mengasingkan wakil mereka tidak bertembung sesama sendiri pada pusingan kumpulan Piala Dunia 2026.

Dalam kata lain, setiap 16 kumpulan, pasti akan ada satu wakil dari Eropah.

Format baru 48 pasukan itu kelak menyaksikan 16 kumpulan dengan 3 pasukan dari setiap kumpulan.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin berkata:

“Permintaan kami untuk 16 pasukan adalah realistik.”

“Ianya selepas semua ahli gabungan kami sebulat suara dengan cadangan ini selepas mesyuarat UEFA di Nyon.

FIFA hanya akan mengesahkan kuota negara bertanding mengikut  benua pada Mei nanti.

Sebelum ini Gianni Infantino menegaskan, pertambahan slot itu lebih kepada kerana perkembangan bola sepak di Asia dan Afrika.

Beliau pernah berkata:

“Bola sepak bukan sahaja untuk Eropah dan Amerika Selatan, ia juga untuk global.”

Ini antara sebab beliau mendapat sokongan kuat daripada konfederasi Asia dan Afrika.

Pertambahan slot untuk Afrika dan Asia memang akan berlaku, namun FIFA akan menjadi perhatian kerana mereka seharusnya mengutamakan isu kuota dari Asia, Afrika dan juga status Oceania.

Jika slot 16 pasukan itu diberikan kepada UEFA, ianya mungkin satu kejayaan besar untuk Presiden baru UEFA  Aleksander Cefferin.

16 slot itu adalah angka paling kurang untuk UEFA, mereka boleh mendapat lebih slot lagi menerusi play-off tambahan antara benua.

Sebelum ini, 13 pasukan dari Eropah bertanding dalam Piala Dunia 2014 yang dijuarai oleh Jerman.

Baca juga: FIFA Dijangka Bentang Cadangan Format 48 Pasukan Untuk Piala Dunia

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN