Dejan Lovren Kongsi Kisah Silam, Lahirkan Sokongan Kepada Perlarian Perang Seluruh Dunia

Dejan Lovren telah berkongsi kisah menyentuh perasaan dan menggerikan dalam hidup beliau sebagai seorang perlarian.

Beliau menceritakannya dalam produksi esklusif di LFCTV Go dalam satu dokumentari bertajuk:

Lovren: My Life As A Refugee (Lovren: Hidupku Sebagai Seorang Perlarian)

Beliau tidak dapat menahan emosi beliau di dalam dokumentari tersebut.

Dejan Lovren dilahirkan di luar Zenica, iaitu bekas jajahan Yugoslavia. Lovren dan keluarganya terpaksa melarikan diri ketika Perang Bosnia tercetus pada pertengahan 90-an.

Lovren ketika itu hanya berusia 3 tahun untuk menjadi perlarian perang.

Beliau berkata:

“Saya harap saya boleh menjelaskan segala-galanya tetapi tiada siapa yang tahu kebenaran sebenar.”

“Ia sudah pun berlaku. Segalanya berubah hanya dalam satu malam. Perperangan berlaku melibatkan tiga budaya yang berbeza.”

“Semua orang telah berubah. Saya hanya ingat bunyi siren yang kuat. Saya begitu takut kerana saya ingatkan ia adalah bunyi bom.”

“Ibu membawa saya dan kami pergi ke satu ruang di bawah tanah. Saya tidak tahu berapa lama kami terpasksa duduk di sana.”

“Rasanya dalam seminggu sehinggalah siren itu berhenti berbunyi.”

Lari ke Jerman

“Selepas itu, saya masih ingat ibu, bapa saudara saya, isteri bapa saudara saya, kami menaiki kereta sehingga ke Jerman.”

“Kami meninggalkan segala-galanya yang kami miliki di kampung asal kami, rumah, kedai kecil dengan sedikit makanan. Ambil satu beg dan ‘mari kita pergi ke Jerman’.”

“Selepas perjalanan selama 17 jam, kira-kira 500 batu, barulah kami merasai keamanan daripada pengeboman dan pembunuhan kejam.”

Lovren menyatakan, mereka terpaksa menyesuaikan diri di rumah baru mereka. Beliau selalu bimbang mereka hanya akan tinggal di sana hanya untuk sementara sahaja.

Setiap tahun, ibu bapa Lovren terpaksa memperbaharui permit pekerjaan mereka dengan kerisauan bahawa satu hari, mereka akan dipaksa pulang ke negara asal mereka.

Masa depan anak-anak perlarian perang memang tidak menentu.

Pihak berkuasa berkata:

“Apabila perang berakhir, anda harus pulang.”

“Kemudian hari itu datang dan mereka berkata: ‘Anda ada dua bulan untuk sediakan beg untuk kembali ke negara asal.’ Bagi saya ia adalah sukar kerana saya sudah mempunyai ramai kawan di Jerman.”

“Hidup saya mulai selesa di sana. Saya ada segala-galanya, saya gembira, saya sedang bermain di sebuah kelab kecil, bapa saya adalah jurulatih , jadi ia adalah detik yang indah.”

“Ibu saya pernah berkata, Jerman adalah rumah kedua kami dan ia adalah benar. Jerman sentiasa memberikan kita tangan terbuka mereka.”

“Saya tidak pasti ada negara lain yang boleh melakukan apa yang mereka lakukan kepada kami pada masa itu, iaitu menerima pelarian dari Bosnia.”

Pada usia beliau 7 tahun, beliau dan keluarganya telah dipindahkan ke Croatia. Beliau sering dibuli di sekolah kerana bercakap loghat Jerman.

Di situ Lovren menceritakan antara detik sukar keluarga beliau yang bergelut untuk mendapatkan wang.

“Ibu saya bekerja di Walmart dengan gaji €350 sebulan, kira-kira £ 280. Bapa saya bekerja mengecat rumah.”

“Kami ada masalah kewangan yang serius.  Suatu hari ibu berkata, kita tidak mampu membayar bil elektrik dan yang lain-lain.”

“Selama seminggu kami tidak mempunyai wang. Saya masih ingat, ayah saya terpaksa mengambil kasut luncur ais (ice skate) saya.”

“Satu hari saya bertanya ibu saya, di mana kasut ais saya? Kerana saya sangat suka bermain luncur ais di musim sejuk.”

“Ibu berkata dengan linangan air mata: ‘Ayah telah menjualnya… kita tidak ada wang langsung minggu ini’.”

“Saya bersumpah itu adalah titik tolak penting dalam kehidupan saya dan saya berkata,  saya tidak sanggup mendengar perkara seperti ini lagi di dalam hidup saya.”

“Terpaksa menjual kasut luncur ais yang hanya bernilai 350 Kuna ataupun kira-kira £40. Dan ia adalah masa yang sangat sukar bagi ibu bapa saya.”

Lovren juga menceritakan kisah bagaimana kepayahan mereka untuk berasimilasi dengan tempat baru selepas melarikan diri dari negara asal.

Mereka perlu berusaha belajar bahasa secepat mungkin baru dan cuba untuk diterima oleh masyarakat di situ.

“Saya mengharapkan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang termasuk untuk anak-anak saya, untuk terus melangkah.”

“Saya tidak tahu apa akan berlaku jika mereka hidup dan melalui apa yang pernah saya lalui.”

“Ini kerana mereka hidup dalam dunia yang berbeza sama sekali. Jika gadis kecil saya mahu mainan, kadang-kadang saya menjawab saya tidak mempunyai wang.”

“Kadangkala sukar untuk dia memahami kenapa saya berkata begitu?”

“Tetapi saya sentiasa berusaha untuk memberitahu dia supaya dia faham yang anda tidak perlukan 20 mainan untuk bergembira.”

“Kadang-kadang anda perlu hanya satu atau dua mainan sahaja, dan anda masih gembira, banyak lagi perkara lain yang lebih penting.”

Penerimaan perlarian di negara lain

“Apabila saya melihat apa yang berlaku kepada perlarian pada hari ini. Saya hanya ingat perkara yang saya sama saya pernah lalui bersama-sama keluarga saya.”

“Dan bagaimana, ada orang tidak mahu anda berada di negara mereka.”

“Saya faham mereka hanya ingin untuk melindungi hak diri mereka sendiri. Tetapi pada masa yang sama perlarian pula tidak mempunyai rumah. ”

“Ia bukan kesalahan mereka menjadi perlarian, mereka melakukannya kerana terpaksa berjuang untuk hidup.”

“Mereka hanya mahu menyelamatkan anak-anak mereka. Mereka mahu mencari satu tempat yang selamat untuk anak-anak mereka dan masa depan mereka.”

“Saya telah melalui semua ini dan saya tahu apa yang sesetengah keluarga perlarian ini akan lalui. Beri mereka peluang, beri mereka peluang. ”

“Anda boleh lihat siapa orang yang baik dan siapa yang tidak baik.”

Baca juga: UEFA Mahu Sekurang-Kurangnya 16 Slot Piala Dunia 2026

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN