Quantcast
FIFA Dijangka Bentang Cadangan Format 48 Pasukan Untuk Piala Dunia


KAJIAN & FAKTA

FIFA Dijangka Bentang Cadangan Format 48 Pasukan Untuk Piala Dunia

Tuesday, 10 Jan 2017

Sejak mengambil alih kerusi Presiden FIFA, Gianni Infantino telah banyak mengubah aspek teknikal dalam FIFA.

Sebelum ini beliau sudah memberikan bayangan bahawa Pembantu Pengadil Video (VAR) akan dikuatkuasakan dalam kejohanan utama FIFA.

Kini, dalam Mesyuarat Komiti FIFA pada hari ini (10/1/2017) beliau dijangka akan cuba membentangkan cadangan untuk memperbesarkan skala Piala Dunia dari segi pasukan dan jumlah perlawanan.

Format 48 Pasukan, 3 Pasukan Dalam Setiap Kumpulan


Idea ini adalah dengan menganjurkan kejohanan yang ada 48 pasukan di dalamnya. Ini bermakna ada 16 kumpulan dengan 3 pasukan dalam setiap kumpulan. Format semasa adalah 8 kumpulan dan 4 pasukan dalam setiap kumpulan.

Dalam format 48 pasukan, pasukan di tempat pertama dan kedua akan mara ke pusingan seterusnya. FIFA juga mencadangkan akan menggunakan format tie-breaker untuk pasukan yang seri di peringkat kumpulan.

Penentuan penalti akan dilakukan jika perlawnaan berakhir seri. Pemenang penentuan penalti ini akan diberikan 2 mata manakala yang kalah akan mendapat 1 mata.

Ini kerana FIFA menjangkakan akan lebih tinggi peratusan pasukan mengutip mata yang sama.


Infantino yakin idea ini bernas dan akan disokong oleh ahli gabungan kerana ia memberikan lebih banyak peluang kepada pasukan kecil untuk mara.

Format ini juga dikatakan lebih kompetitif kerana ada 2 perlawanan sahaja dalam peringkat kumpulan. Jadi maksimum satu pasukan bermain (jika mara ke final) masih kekal 7 perlawanan.

Cuma dalam format sedia ada, fasa kalah mati bermula dengan peringkat 16 pasukan. Sebaliknya dalam format 48 pasukan, kalah mati bermula dengan fasa 32 pasukan.

Jadi, ada 5 perlawanan kalah mati yang perlu dimenangi oleh pasukan untuk menjuarai Piala Dunia berbanding dengan 4 sebelum ini.

Bantahan Dari Jerman


Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) antara yang lantang membantah idea ini. Mereka menyifatkan, secara kasarnya memang jumlah perlawanan tetap hampir sama. Namun FIFA pula ada lebih banyak perlawanan.

Format ini akan membolehkan FIFA menjual 80 perlawanan siaran langsung berbanding dengan 64 perlawanan sebelum ini.

Jadi dengan siaran langsung yang lebih banyak maka akan lebih banyak penaja yang masuk dan lebih banyak duit yang masuk.

Jurulatih kebangsaan Jerman, Joachim Low pula berkata:

“Format Piala Dunia yang ada sekarang sudah cukup baik. Sebarang usaha untuk menambah jumlah pasukan akan merosakkan perkara yang sudah baik.”

Joachim Low

“Ia juga akan memberikan impak kepada kalendar bola sepak yang terpaksa dipadatkan dan pemain juga ada had fizikal. Rasanya kelab tidak akan menyokong idea ini.”

Rumusan

Kami bersetuju dengan hujah DFB. Format 32 pasukan yang sedia ada rasanya yang terbaik. Idea mewujudkan kejohanan Piala Dunia 48 pasukan ini lebih kepada isu keuntungan berlipat kali ganda berbanding dengan isu bola sepak.

Terlalu banyak pasukan akan menyebabkan kejohanan ini akan kurang eksklusif. Ia juga melibatkan kos penganjuran yang jauh lebih tinggi untuk menyediakan lebih banyak stadium.

Masa penganjuran kejohanan ini juga akan menjadi lebih panjang. Jadi, negara-negara kaya akan berkelebihan untuk mendapatkan hak penganjuran. Contohnya Amerika Syarikat.

Ianya idea yang harus dikaji sebaik-baiknya oleh FIFA sebelum dipanjangkan.

Apa pula kata anda? Adakah anda bersetuju dengan idea 48 pasukan ini?

Baca juga: FIFA Mahu Tambah Peraturan Baru, Benarkan Kapten Sahaja Bercakap Dengan Pengadil Ketika Perlawanan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: FIFA Dijangka Bentang Cadangan Format 48 Pasukan Untuk Piala Dunia



Berita Bola Yang Menarik