UEFA Dedahkan Manchester United Kelab Dengan Beban Hutang Paling Tinggi

Semalam UEFA mendedahkan jumlah hutang yang ditanggung oleh kelab-kelab Eropah. Seperti dijangka Manchester United masih kekal sebagai kelab dengan hutang paling tinggi.

Beban hutang United dikatakan bermula sejak keluarga Glazer mengambil alih kelab paling popular di dunia itu pada 2005. Jumlah hutang United meningkat kepada €536 juta ataupun £464juta.

Jumlah itu jauh lebih tinggi daripada Benfica yang berada di tangga kedua dengan beban hutang sebanyak €336 juta.

Hutang tersebut lebih 25% daripada apa yang mereka tanggung pada tahun sebelumnya. UEFA juga menyatakan purata keseluruhan hutang kelab di Eropah kian berkurangan sejak 5 tahun kebelakangan ini.

Berita ini tidak disenangi oleh ramai penyokong Manchester United yang sebelum ini memang membantah kehadiran Glazer sekeluarga sejak 2005.

Mereka dijangka akan meneruskan kempen protes besar-besaran selepas mendengar berita ini.

Glazer diibaratkan tidak ambil kisah pasal hutang sedangkan pendapatan kelab ini pada 2015 dan 2016 masing-masing £521 juta dan £535 juta. Ia sudah cukup untuk membayar hutang kelab ataupun mengurangkannya lebih secara drastik.

Namun begitu, UEFA tetap meletakkan Manchester United dalam senarai tidak perlu risau. Ini kerana mereka memiliki pendapatan (revenue) tahunan dan aset jangka panjang yang besar.

UEFA berkata, kelab perlu risau kerana hutang hanya 80% daripada daripada aset jangka panjang mereka.

Kenapa Hutang Semakin Meningkat?

Salah satu daripada sebabnya adalah impak daripada nilai pound sterling selepas Brexit. Banyak kelab England menghadapi masalah peningkatan beban hutang. Antara yang paling merisaukan adala QPR.

Hutang QPR adalah 250% daripada jumlah pendapatan tahunan mereka dan 480% daripada aset jangka panjang mereka.

Seterusnya adalah nilai skuad yang semakin tinggi. Manchester United adalah kelab yang kedua tertinggi dalam perbelanjaan pemain dengan nilai €613 juta. Ia kira-kira €100 juta di belakang Real Madrid.

Ketua Eksekutif Manchester United, Ed Woodward turut menggariskan isu kegagalan mereka untuk mara ke UCL pada beberapa musim kebelakangan ini turut memberikan kesan setelah mereka berbelanja besar untuk pemain.

Jadi, kegagalan untuk mara ke UCL tahu depan bukan berita yang baik untuk Jose Mourinho. Woodward turut menggariskan mereka akan tetap melabur untuk pemain agar kelab ini terus mampu bersaing di semua peringkat.

Berikut adalah senarai 10 teratas untuk kelab yang menanggung beban hutang tertinggi.

1. Manchester United – €536juta

2. Benfica – €336juta

3. Inter – €306juta

4. Valencia – €285juta

5. QPR – €279juta

6. AC Milan – €249juta

7. CSKA Moscow – €224juta

8. Galatasaray – €222juta

9. Juventus – €209juta

10. Roma – €208juta

Baca juga: Rumusan Kenyataan Dato’ Hamidin Yang Menuduh KAFA Sebenarnya Berhutang Dengan FAM!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN