Rumusan Kenyataan Dato’ Hamidin Yang Menuduh KAFA Sebenarnya Berhutang Dengan FAM!

Sebelum bermula Liga Malaysia musim 2017, banyak insiden panas. Terbaru FAM membuat siaran media menerusi laman sesawang rasmi mereka berikutan tuduhan KAFA beberapa hari lalu melalui bekas Presiden mereka Tan Sri Annuar Musa.

Tan Sri Annuar Musa berkata, badan induk bola sepak negara itu berhutang sebanyak RM2 juta dengan KAFA. Dato’ Hamidin dalam kenyataan bertulis beliau menjelaskan:

Semua Hadiah Wang Sudah Dibayar!

FAM pada 30 Disember 2016 sudah pun mengkreditkan semua hadiah wang kemenangan Liga Super dan Liga Premier untuk musim 2016 kepada pasukan-pasukan yang berkenaan dengan jumlah keseluruhan RM2.025 juta.

Tidak Ada Lagi Geran Tahunan

Istilah geran tahunan kepada setiap pasukan sudah tidak diguna pakai lagi bermula dari musim 2016 apabila Liga Malaysia telah pun diswastakan.

Pasukan-pasukan telah diberi hak sebagai rakan kongsi liga dan mendapat sejumlah peratusan daripada pendapatan hak-hak penyiaran dan komersial.

Jumlah itu sebanyak 40 peratus yang dinyatakan di sini sebagai agihan hak-hak penyiaran dan komersial di atas penyertaan dalam liga.”

Penjelasan Isu Hak Penyiaran

Bagi musim 2016, sekitar RM41 juta telah diterima daripada hak-hak siaran serta komersial dan 40 peratus daripadanya perlu diberikan kepada pasukan-pasukan iaitu sekitar RM16.4 juta.”

Semua pasukan sudah pun diberikan sejumlah RM18 juta iaitu RM1 juta bagi setiap pasukan Liga Super dan RM500,000 bagi pasukan Liga Premier.

Jumlah peruntukan agihan hak-hak penyiaran dan komersial untuk setiap pasukan hanyalah sebanyak RM16.4 juta. Manakala jumlah peruntukan sebenar yang telah diberikan adalah sebanyak RM20.025 juta.

FAM sebelum ini telah mendahulukan (advance) pembayaran sebanyak RM3.625 juta kepada semua pasukan bagi pihak Football Malaysia LLP (FMLLP).

Hak Penyiaran Rendah Daripada Jangkaan

Dato’ Hamidin menjelaskan bahawa hak penyiaran hanyalah RM41 juta, bukannya RM70 juta seperti yang disasarkan sebelum ini.

Pemberian agihan tambahan hak-hak penyiaran dan komersial berdasarkan merit ini boleh dilaksanakan semula pada masa akan datang jika jumlah RM70 juta itu berjaya diperolehi.

Agihan hak penyiaran dan komersial kepada pasukan-pasukan Liga Super bermula musim 2016 telah meningkat sebanyak 100 peratus berbanding dengan nilai geran tahunan yang diberikan FAM sebelum ini.

Agihan pertaman hak-hak penyiaran dan komersial kepada pasukan-pasukan bertanding untuk musim 2017, dibayar 50% terlebih dahulu pada Januari 2017.

RM500,000 bagi pasukan Liga Super dan RM250,000 bagi pasukan Liga Premier. Baki selebihnya akan dibayar pada musim liga berlangsung.

Tidak wujud lagi wang perolehan daripada siaran langsung perlawanan Liga Super dan Liga Premier di televisyen kepada pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat.

Semua pasukan yang bertanding telah sedia maklum prosedur ini sudah pun dihentikan sejak 2015 selepas berakhirnya penajaan daripada Astro.

Penjelasan Bagaiman KAFA Boleh Berhutang Dengan FAM Dan FMLLP

Selepas melakukan semakan, FAM mendapati yang KAFA sebenarnya berhutang dengan FAM dan FMLLP. Jumlah hutang tersebut kira-kira RM430,000.

Ini merangkumi gaji tertunggak pemain import Kelantan yang telah diselesaikan Persatuan ini pada tahun 2016. Ianya selepas permohonan dibuat sendiri oleh KAFA untuk meminta bantuan FAM mendahulukan wang berkenaan.

Ini juga termasuk denda-denda kes tatatertib serta hutang levi tiket yang masih belum dijelaskan KAFA kepada FMLLP.

Kenapa Kelantan Hanya Mendapat Pendahuluan RM70,000 Bukannya RM500,000?

KAFA hanya layak mendapat wang pendahuluan kira-kira RM70,000 daripada RM500,000. Ini kerana hutang mereka telah ditolak daripada duit pendahuluan hak pertama agihan hak-hak penyiaran dan komersial.

Jumlah tersebut adalah RM430,000 seperti yang dinyatakan di atas.

FAM menganggap dakwaan tanpa asas seumpama ini tidak sepatutnya berlaku.

Petikan kenyataan ini adalah dari kenyataan media rasmi Setiausaha Agung FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Baca juga: TMJ v TSAM: Annuar Musa Nafi Tuduhan TMJ, Nasihat Media Jangan Silap Pendrive

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN