Kenyataan Media Rasmi AL Sports Sempena Pelancaran Jersi Kedah 2017

Siaran Media 13 Januari 2016

Pasukan Liga Super Kedah telah memperkenalkan jersi terbaru musim 2017 keluaran AL Sports di depan ribuan penyokong di Kelab Golf & Country Club, Bandar Darul Aman pada Jumaat, 13 Januari 2016.

Untuk musim 2017, Kedah akan menyarung kelengkapan home kita berwarna tradisi mereka – hijau dan Kuning. Untuk kelengkapan away kit pula, Kedah akan memakai persalinan berwarna merah dan hijau.

Third kit pula Kedah memaparkan warna kelabu dan hitam.

Kerjasama AL Sports dan Kedah FA bermula pada 2017. Jadi, AL Sports akan menaja semua kit perlawanan dan latihan Kedah FA.

AL Sports dah Kedah turut bertekad untuk mebawa inovasi kepada peningkatan prestasi barangan sukan. Kerjasama ini membolehkan 2 organisasi akan berganding bahu untuk merangka strategi perkembangan di pasaran bola sepak tempatan.

Ia dihasilkan melalui jaringan jualan AL Sports, lawatan komuniti dan aktiviti pemasaran bersepadu. Kedah FA pula akan mewakili AL Sports dengan menonjolkan kualiti produk AL Sports dengan jumlah penyokong yang ramai dan fanatik.

Profail dan reputasi pasukan Kedah FA yang positif sebagai sebuah pasukan yang digeruni dalam kancah bola sepak tempatan.

Pengerusi dan pengasa Al-Ikhsan, Tuan Haji Ali Hassan Mohd Hassan berbangga dengan kerjasama dengan pasukan Kedah musim ini.

Beliau berkata:

“Kedah sudah menjadi sasaran strategik untuk Al-Ikhsan dan AL Sports sejak beberapa tahun lepas.”

“Melalui visi komersil yang jelas,strategi pemasaran sukan yang bagus dan rasa teruja di seluruh organisasi Al-Ikhsan, kami berbangga dapat menandatangani kerjasama dengan salah sebuah pasukan bola sepak yang paling berjaya di Malaysia.”

Pengurus Besar Pemasaran dan Penjenamaan Al-Ikhsan Sports Sdn.Bhd, Khairul Syahar Khalid pula berkata:

“Kerjasama ini seiring denganvisi untuk mengembangkan lagi syer pasaran kami.”

“Ia membolehkan lebih ramai penyokong bola sepak terutama penyokong Kedah untuk mengenali dan mencuba produk AL Sports yang boleh didapati di rangkaian kedai-kedai kami di sekitar negara.”

Sementara Pengurus Urusan AL Sports Sdn. Bhd. Encik Anuar pula berharap agar penyokong Kedah berpuas hati dengan kualiti kit yang dibekalkan oleh AL Sports.

Beliau berharap ia akan dapat menaikkan prestasi pemain-pemain Kedah di atas padang.

Anda boleh dapatkan kit pasukan Kedah di semua cawangan Al-Ikhsan.

Baca juga: Jersi Kedah 2017 Tampil Perbezaan 360 Darjah Antara AL Sports Dengan Warrix

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN